Perkahwinan ialah ikatan suci yang dibina atas kasih sayang, tanggungjawab, dan keimanan. Setiap pasangan pasti mengimpikan rumah tangga yang aman, bahagia, dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Namun, kebahagiaan bukan hadir daripada cinta semata-mata, tetapi juga melalui usaha, kesabaran, dan doa yang berterusan. Dalam Islam, doa perkahwinan merupakan amalan indah untuk memohon keberkatan dan perlindungan dalam hubungan suami isteri.

Kepentingan Doa dalam Rumah Tangga
- Doa membantu mendatangkan keberkatan dan rahmat Allah dalam rumah tangga.
- Amalan saling mendoakan dapat mengeratkan kasih sayang dan menyatukan hati suami isteri.
- Doa menjadi kekuatan ketika diuji, di samping memohon perlindungan daripada perkara yang tidak baik.
- Doa membawa ketenangan jiwa serta membantu mewujudkan rumah tangga yang lebih harmoni dan bahagia.
- Melalui doa, pasangan juga memohon rezeki yang berkat, kesihatan yang baik, dan hubungan yang sentiasa dipelihara.
Contoh Doa Perkahwinan Ringkas
Berikut ialah beberapa contoh doa perkahwinan ringkas yang boleh diamalkan oleh pasangan suami isteri:
1. Doa memohon keberkatan rumah tangga
اللَّهُمَّ اجْعَلْ هَذَا الْبَيْتَ بَيْتًا صَالِحًا وَارْزُقْنَا فِيهِ السَّكِينَةَ وَالْمَوَدَّةَ وَالرَّحْمَةَ
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah rumah ini rumah yang soleh/solehah, dan rezekikanlah kami ketenangan, cinta, dan kasih sayang di dalamnya.”
2. Doa memohon kesatuan hati
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al Furqan ayat 74)
3. Doa memohon keluarga yang dilindungi
اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan ketika beragama, kesihatan badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan ampunan setelah datangnya maut. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan keampunan pada saat hisab.”
Waktu yang Sesuai untuk Membaca Doa Perkahwinan

Sebenarnya, tiada waktu khusus yang mengehadkan pasangan untuk berdoa. Antara waktu sesuai untuk mengamalkan doa perkahwinan ialah selepas solat fardu, ketika selesai solat berjemaah bersama pasangan, sebelum tidur, dan ketika menyambut hari-hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan.
Dengan doa, pasangan suami isteri dapat memohon agar hubungan mereka sentiasa dipenuhi kasih sayang, ketenangan, dan keberkatan daripada Allah SWT.
