Moreh, atau aktiviti menikmati hidangan ringan selepas solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan, adalah tradisi yang sangat dihargai di Kuala Lumpur (KL). Berikut adalah beberapa lokasi best moreh di sekitar KL:
1. 118 Grinder (Berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju)
118 Grinder menawarkan suasana santai dengan pelbagai pilihan kopi dan pencuci mulut. Kedai ini terletak berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid, menjadikannya tempat yang sesuai untuk moreh selepas solat.
Alamat: 69, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
2. Ace Cafe Kuala Lumpur (Berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru)
Ace Cafe adalah tempat pertemuan popular bagi peminat motosikal dan menawarkan pelbagai hidangan yang sesuai untuk moreh. Lokasinya berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru memudahkan jemaah untuk singgah selepas solat.
Alamat: No 21, Ace Corner KL, Lot 359, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
3. Overtime cafe
Cafe ini sangat popular bukan sahaja sebagai salah satu port moreh tetapi pada hari biasa kerana waktu operasinya hingga tengah malam. Kafe ini juga jadi tumpuan jika anda ingin “work from cafe”.
Alamat: A1-1, Sentul Point, 8, Jln Sentul Pasar, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
4. Whatever Works Coffee

Cafe ini juga terletak berhampiran Masjid Al-Akram Datuk Keramat dan juga lrt damai. Jadi dari pening mencari parking anda boleh sampai ke sini dengan lrt.
Alamat: No 28, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.