Lagu Raya 2025: Koleksi Terbaru & Lagu Evergreen

Tak lengkap suasana Hari Raya tanpa lagu raya yang membangkitkan mood perayaan! Setiap tahun, artis-artis tempatan dan antarabangsa mempersembahkan lagu-lagu baharu yang menggabungkan melodi moden dengan lirik menyentuh hati. Namun, lagu-lagu evergreen tetap menjadi kegemaran ramai kerana mampu mengembalikan nostalgia dan kenangan indah bersama keluarga.

Dari hits terbaru lagu raya 2025 hingga ke lagu raya klasik sepanjang zaman, ini senarai wajib dengar tahun ini!


Lagu Raya 2025 Terbaru

Tahun 2025 menyaksikan kemunculan lagu-lagu raya moden yang pasti menceriakan suasana dan memberi semangat untuk menyambut Syawal. Berikut antara lagu raya terbaru yang perlu masuk dalam playlist anda:

Mimi Fly- Serumpun

Lagu ini menampilkan irama yang segar dan kontemporari.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Raya Nak Ke Mana?

Biduanita negara turut menghasilkan lagu raya dengan alunan yang merdu!

Hael Husaini & Nadeera – Meriah Lain Macam

Nadeera yang semakin popular juga menghasilkan lagu raya bersama Hael yang sudahpun menjadi trend di Tiktok.

Daiyan Trisha feat Alfie Zumi – Jom Raya

Daiyan Trisha everyone girl crush hadir bersama lagu raya yang sangat cute!

Lagu Raya Evergreen: Klasik Tak Lapuk Dek Zaman

Walaupun banyak lagu baru muncul setiap tahun, lagu raya klasik tetap menjadi pilihan utama. Melodi dan liriknya membawa kenangan manis dan pastinya menggamit suasana nostalgia!

Senarai Lagu Raya Evergreen Terbaik

🎼 Suasana Hari Raya – Anuar & Ellina
🎼 Dendang Perantau – P. Ramlee
🎼 Balik Kampung – Sudirman
🎼 Selamat Hari Raya – Saloma
🎼 Menjelang Hari Raya – Datuk DJ Dave
🎼 Satu Hari Di Hari Raya – M. Nasir
🎼 Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone
🎼 Hari Raya Di Desa – Rafeah Buang
🎼 Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri

Setiap kali lagu-lagu ini dimainkan, pasti terasa semangat Hari Raya yang sebenar—rindu kampung, memori bersama keluarga, dan detik-detik manis berbuka serta bermaaf-maafan.

Sama ada anda sedang memasak rendang, menghias rumah, atau bersiap dengan baju raya, biarkan Lagu Raya 2025 & Lagu Evergreen melengkapkan kemeriahan Hari Raya anda!

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Shopping raya last minute? Cari baju raya last minute di Zalora sekarang!