Kasut Raya Cantik

Kasut Raya Cantik Untuk OOTD Raya Yang On-Point

Kasut Raya Cantik Untuk OOTD Raya Yang On-Point
pexels

Selepas memilih baju raya idaman, kasut pula menjadi pelengkap penting yang boleh menaikkan keseluruhan look anda. Sama ada anda menggayakan baju kurung moden, kebaya, jubah atau dress yang flowy, pilihan kasut raya yang tepat mampu menjadikan OOTD Raya anda nampak lebih, elegan dan tentunya on-point.

Tahun ini, trend kasut Raya memberi fokus kepada gabungan gaya dan keselesaan. Berikut ialah beberapa pilihan kasut Raya yang boleh membantu anda tampil lebih yakin dan bergaya pada pagi Syawal.

Heels

Bagi anda yang ingin tampil lebih anggun dan eksklusif, heels sentiasa menjadi pilihan klasik untuk Hari Raya. Kasut jenis ini sangat sesuai digayakan dengan baju kurung moden, kebaya sulam atau dress satin kerana ia memberikan efek lebih tinggi dan postur yang lebih menyerlah. Untuk nampak lebih mewah, pilih heels dengan perincian seperti reben, manik, mutiara, metallic finish atau warna-warna lembut seperti nude, champagne, silver dan pastel.

Flats

Jika anda lebih mengutamakan keselesaan, kasut flats ialah pilihan yang sangat praktikal untuk dipakai dari pagi hingga ke malam. Flats kini hadir dalam pelbagai rekaan moden yang bergaya seperti perincian batu permata, satin, mesh, renda dan kemasan berkilau. Flats sangat mudah dipadankan dengan baju kurung tradisional, kaftan, jubah moden mahupun busana minimalis. Ia memberikan gaya yang manis, sopan dan effortless.

Sandal

Kasut ini juga semakin menjadi pilihan ramai untuk OOTD Raya, terutamanya bagi mereka yang sukakan gaya moden dan mudah dipakai. Sandal dengan rekaan strappy, hiasan kristal atau perincian minimalist chic boleh menjadikan penampilan anda lebih segar dan kontemporari. Ia sangat sesuai digandingkan dengan baju raya yang lebih santai seperti kurung cotton, dress polos, atau outfit monokrom yang ringkas.

Mules

Untuk anda yang mahu tampil lebih moden dan sedikit berbeza, mules ialah antara kasut Raya yang sedang trending. Rekaan belakang terbuka menjadikan kasut ini mudah dipakai, manakala bentuknya pula memberikan sentuhan fesyen yang lebih elevated. Kasut Mules sangat sesuai untuk wanita yang gemarkan penampilan chic, sofistikated dan tidak terlalu sarat. Pilih mules dengan warna neutral untuk mudah dipadankan, atau pilih warna statement seperti emerald, dusty pink atau gold untuk memberi impak lebih menonjol pada OOTD Raya anda.

Mencari kasut Raya cantik kini lebih mudah dengan pelbagai pilihan rekaan trending yang boleh dibeli secara online. Daripada heels elegan dan flats manis hinggalah sandal moden dan mules bergaya, anda boleh memilih kasut raya yang paling sesuai dengan personaliti dan busana Syawal anda di ZALORA.

Beli Kasut Raya Cantik Online di ZALORA Untuk Gaya Aidilfitri Yang Lebih Menawan

Leave a Reply