Idea Dekorasi Pejabat untuk Hari Raya

Hari Raya adalah perayaan yang penuh dengan kegembiraan untuk merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa. Bagi pejabat yang ingin merasai kemeriahan perayaan , dekorasi Hari Raya merupakan salah satu cara untuk mewujudkan suasana yang lebih riang. Berikut merupakan idea dekorasi pejabat Hari Raya yang boleh anda ikuti untuk memeriahkan lagi ruangan pejabat anda !

1. Pintu masuk

Ruang ini adalah ruang yang mewujudkan ‘first impression’ kepada sesiapa yang hadir ke pejabat. Letakkan hiasan hiasan yang besar dan bersinar untuk menimbulkan effect ‘WOW’ didalam pejabat anda. Antara dekorasi yang boleh digunakan untuk menghiasi ruangan pintu masuk pejabat anda ialah papan ucapan ‘Selamat Hari Raya’, lampu gantung hiasan serta langsir dan lampu pelita.

2. Stesen Kerja

Bagi yang gemar menghias stesen kerja, anda boleh melakukan hiasan ringkas untuk menaikkan lagi mood Hari Raya anda. Anda boleh menggunakan aksesori meja seperti tumbuhan kecil dalam pasu, kad Hari Raya yang ditulis oleh rakan rakan sekerja dan pelekat bertemakan Hari Raya.

3. Ruang Umum

Tak lengkaplah hiasan pejabat tanpa ruang ‘photo booth’. Lazimnya, ruang umum menjadi tempat terbaik untuk dihias menjadi ‘photo booth’. kerana ia menjadi tempat berkumpul di pejabat. Gunakan ruangan yang luas ini untuk menghias ‘photo booth’ dengan kreatif supaya dapat digunakan untuk bergambar beramai ramai.

Anda boleh menghiasi ruangan ini dengan hiasan yang lebih menonjol seperti kain backdrop bertemakan Hari Raya. Tambahkan aksesori seperti meja kopi, kerusi dan karpet untuk sesi bergambar yang lebih menyeronokkan. Hias dengan lampu LED untuk mencipta suasana ceria dan meriah.

4. Pantri dan Ruang Rehat

Ini merupakan kawasan favourite di pejabat untuk berehat semasa bekerja. Anda boleh hiaskan kawasan pantri dan ruang rehat seperti ala-ala rumah terbuka. Hiaskan ruangan pantri dengan hiasan lampu gantung berbentuk ketupat dan sediakan makanan ringan seperti kuih raya dalam balang yang cantik.

5. Bilik Mesyuarat

Menghias bilik mesyuarat untuk Hari Raya dapat menambahkan sentuhan perayaan sambil mengekalkan suasana profesional. Hiaskan bilik mesyuarat dengan dekorasi yang simple seperti centrepiece yang elegan di tengah meja mesyuarat. Letakkan hiasan seperti lampu berbentuk bulan dan bintang bersama susunan bunga yang cantik. Tambahkan hiasan seperti kad raya yang ditulis didinding bilik mesyuarat untuk memeriahkan lagi suasana.

Mulakan menghias hari ini dan kongsi kehangatan Raya bersama rakan rakan di tempat kerja anda. Dapatkan item item hiasan di ZALORA Malaysia dan nikmati diskaun-diskaun yang menarik.’

Cari barangan untuk deco hari raya, beli di Zalora home deco sale sekarang!

Selamat Hari Raya!