Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, dan salah satu tradisi yang semakin popular ialah memakai baju raya sedondon bersama keluarga! Dari warna pastel yang lembut hingga rona terang yang menceriakan, trend ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan kekeluargaan tetapi juga memastikan semua orang tampil menawan dalam gambar raya. Di waktu ini sahaja kita dapat melihat setiap keluarga mengenakan baju raya sedondon. Jadi jika anda masih mencari baju raya sedondon tahun ini, cari di Zaloraya sale!
Kenapa Baju Raya Sedondon Menjadi Pilihan?
- Menyerlahkan Keserasian Keluarga – Pakaian sedondon melambangkan keakraban dan kasih sayang dalam keluarga.
- Tampak Elegan & Tersusun – Kombinasi warna yang sepadan menjadikan penampilan lebih kemas dan bergaya.
- Mudah Dipadankan untuk Semua – Dari baju kurung moden hingga baju Melayu klasik, ada pelbagai pilihan untuk semua peringkat umur.
Idea Warna Baju Raya Sedondon 2025
Pastel Elegan

Warna seperti kuning lembut, baby blue atau sage green dan lavender memberi kesan lembut dan mewah.
Baju Raya Hijau & Emas

Sesuai untuk penampilan klasik yang eksklusif. Warna ini sememangnya akan kelihatan mahal, sama juga seperti baju raya navy blue.
Gabungan Monokrom

Hitam & putih untuk gaya moden yang sofistikated. Sangat sesuai untuk semua keluarga yang sukakan minimalis dan juga modern!
Untuk keluarga yang ingin tampil lebih istimewa, boleh juga memilih rekaan baju kurung lace atau menambah sentuhan songket dan sulaman tradisional agar lebih unik.
Adakah anda dan keluarga sudah memilih tema baju raya sedondon tahun ini? Kongsi pilihan warna dan gaya anda!