Aktiviti mendaki gunung atau hiking adalah salah satu aktiviti yang lasak dari segi fizikal dan mental. Semakin ramai rakyat Malaysia sudah mula mencuba dan bergiat aktif dalam mendaki bukit atau gunung sebagai hobi pada hujung minggu. Namun kegiatan mendaki gunung ternyata banyak manfaat terutama bagi kesihatan tubuh.
Mengurangkan Tekanan
Antaranya dapat mengurangkan tekanan dan depresi. Keindahan hijau pokok dan puncak gunung membuat kita lebih tenang dan relaks. Cuti Minggu isikan masa terluang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk mendaki bukit atau gunung ini dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.
Kekuatan pada Jantung dan Paru-paru
Selain itu, manfaat untuk kesihatan tubuh kita seperti mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke. Jika sering mendaki, ia dapat membentuk kekuatan pada jantung dan paru-paru anda sekali gus oksigen akan diserapkan ke dalam badan dengan lebih cepat dan akan mengaktifkan sel-sel badan untuk menjalankan proses respirasi, di samping mempercepat aliran oksigen ke otak.
Meningkatkan Stamina
Jika sering melakukan pendakian, stamina dan daya tahan tubuh juga meningkat maka tubuh akan lebih sihat, kuat dan tahan lama. Kesannya, individu tersebut mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit.
Menambah Ilmu pengetahuan terhadap alam
Ilmu pengetahuan akan bertambah dengan belajar mengenali pokok-pokok , arah angin dan matahari, cara memasak di hutan dan sebagainya. Belajar sesuatu yang baru dapat aplikasi dalam kehidupan seharian serta menyerapkan sikap positif dalam diri.
Melatih erti ketabahan
Banyak halangan yang perlu dilalui pendaki seperti cuaca, suhu, track perjalanan, bebanan yang perlu dipikul dan memerlukan kesabaran yang tinggi bagi pendaki untuk sampai ke puncak. Begitupun dengan kegigihan yang kuat pasti dapat melalui semua halangan dan mencapai misi ke puncak dengan selamat.
Demikian manfaat mendaki gunung yang akan membuat anda merasa beruntung menjadi seorang pendaki. Jangan lupa untuk share artikel ini kepada teman-teman. Apa yang membuat anda suka mendaki gunung? Ingin mendaki gunung tak lama lagi? Cari kelengkapan mendaki gunung di sini!