Tips Kekal Aktif Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan sudah pun menjelang hampir 2 minggu. Bulan ini adalah masa yang penuh dengan berkah dan kesyukuran, di mana kita mengambil kesempatan untuk membersihkan jiwa dan badan. Namun, bagi sesetengah orang, kekurangan tenaga dan keterlaluan kurangnya motivasi boleh menghalang mereka daripada berfungsi sepenuhnya di bulan yang mulia ini. Sudah 2 minggu adakah anda masih lesu dan tidak bermaya di bulan puasa ini?

Jangan risau, kami ada beberapa tips yang boleh membantu anda kekal aktif sepanjang bulan Ramadhan, tanpa perlu terpaksa meluangkan masa berjam-jam di gym!

Sahur, sahur, sahur!

Jangan meninggalkan sahur kerana makan sahur adalah penting untuk membekalkan tenaga anda sepanjang hari. Tambahkan protein dan karbohidrat kompleks seperti telur, oat dan roti gandum ke dalam makanan sahur anda untuk memberi tenaga yang cukup sehingga waktu berbuka puasa.

Minum Air Secukupnya

Perkara ini nampak remeh, namun kekurangan air ditambah lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas boleh menyebabkan kita terhidrasi dan menyebabkan kita akan lesu dan tidak bermaya seharian. Cuba untuk cukupkan pengambilan air minuman sebanyak 8 gelas di bulan puasa ini. 2 gelas semasa bersahur, 2 gelas semasa berbuka, 2 gelas ketika moreh dan 2 gelas sebelum tidur. 

Senaman Ringan

Tidak perlu memaksa diri untuk pergi gym seperti yang dipaparkan di media sosial. Ukur baju di badan sendiri, dan mula dengan senaman ringan seperti membuat yoga, meregangkan badan ketika waktu rehat. Anda juga boleh berjalan kaki di taman sebelum masuk waktu berbuka sambil mendengar lagu. Bukan sahaja, dapat merehatkan minda tetapi juga bakar lemak!

Produk Rekomendasi:

Menjaga Pola Tidur

Ramai yang salah anggap, tidur seharian ketika berpuasa akan mengembalikan tenaga. Tidak, tidur berpanjangan hanya akan membuatkan anda semakin lesu. Cukup menjaga pola tidur yang betul dan elakkan dari berlebihan!

Sikit-sikit lama -lama jadi bukit

Kunci utama untuk anda kekal cergas dan aktif adalah dengan bergerak. Cuba untuk mula walau hanya dengan perkara yang sedikit, jarak yang dekat atau aktiviti yang sederhana  dan jangan terlalu mengikut keinginan badan untuk tidur di atas sofa seharian. Lagipun, bukan itu tujuan kita  berpuasa yang sebenar.

Jadi, tunggu apa lagi? Mula sekarang! Bangun dan bergerak untuk kekal aktif dan cergas di bulan puasa ini. Mari lah kita bersama-sama menghayati maksud ramadhan yang sebenar dan tidak membuang masa terbaring seharian. Kongsikan dengan kami tips bagaimana anda kekal aktif ketika menyambut bulan puasa di bawah. 

Leave a Reply