Tips Beli Tiket Flight Murah

“Mahalnya tiket flight ni. Macam mana nak dapatkan tiket flight murah?”

Musim bercuti semakin hampir, dan rakyat Malaysia pastinya sudah mula merancang destinasi percutian—sama ada dalam negara atau ke luar negara. Sama ada anda ingin menikmati angin laut di Langkawi, meneroka budaya di Yogyakarta, atau sekadar pulang ke kampung halaman, satu perkara yang pasti menjadi keutamaan ramai adalah mendapatkan tiket flight dengan harga yang mesra poket.

Namun, seperti yang kita tahu, harga tiket kapal terbang boleh berubah-ubah dengan sangat drastik. Jadi, bagaimana cara untuk membeli tiket penerbangan dengan harga paling murah, terutamanya ketika musim cuti sekolah atau cuti umum? Di bawah ini kami akan kongsikan 8 tips praktikal membeli tiket flight murah yang boleh membantu anda berjimat sambil menikmati percutian dalam bajet yang dirancang.

1. Tempah Tiket Flight Awal, Tapi Jangan Terlalu Awal

Ramai percaya bahawa tempahan awal sentiasa menjanjikan harga murah. Walaupun ada kebenarannya, sebenarnya ada sweet spot untuk membeli tiket. Untuk penerbangan domestik, 1 hingga 3 bulan sebelum tarikh berlepas biasanya menawarkan harga terbaik. Manakala untuk penerbangan antarabangsa, sekitar 2 hingga 6 bulan adalah masa yang sesuai.

Lebih dekat dengan tarikh cuti sekolah atau musim perayaan seperti Hari Raya atau Krismas, lebih mahal harganya. Jadi, rancang perjalanan lebih awal, tetapi elakkan menempah terlalu jauh seperti setahun sebelumnya kerana harga belum tentu stabil.

2. Gunakan Mod “Incognito” Semasa Mencari

Pernah perasan harga tiket tiba-tiba naik selepas anda ulang cari penerbangan yang sama? Ini kerana laman web pelancongan menggunakan kuki untuk mengesan minat anda. Solusinya? Gunakan mod incognito atau private browsing pada pelayar internet anda. Dengan cara ini, laman web tidak dapat mengesan carian anda dan anda boleh mendapatkan harga yang lebih konsisten.

3. Elakkkan ‘peak hour’ dan ‘peak season’

Hari Selasa, Rabu, dan Sabtu biasanya lebih murah berbanding Jumaat atau Ahad. Waktu penerbangan awal pagi atau lewat malam juga cenderung lebih rendah harganya kerana permintaan tidak setinggi waktu puncak.

Musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan Krismas adalah waktu puncak di Malaysia. Kalau anda tiada komitmen tertentu, elakkan waktu-waktu ini dan pilih tarikh sebelum atau selepas musim perayaan. Percayalah, beza harga boleh cecah ratusan ringgit!

4. Bandingkan Laman Web dan Aplikasi

Jangan hanya bergantung pada satu laman web seperti Skyscanner, Google Flights, atau Expedia. Gunakan beberapa platform untuk membandingkan harga. Kadangkala, syarikat penerbangan itu sendiri menawarkan harga lebih murah di laman rasmi mereka berbanding pihak ketiga. Ada juga aplikasi seperti Traveloka, AirAsia Super App, dan Hopper yang memberikan notifikasi bila harga turun.

Yang menariknya, sesetengah aplikasi juga ada voucher tersembunyi atau diskaun eksklusif untuk pengguna Malaysia, terutamanya menjelang musim percutian.

5. Beli di Pameran Pelancongan Matta Fair

MATTA Fair adalah lubuk promosi pelancongan termasuk tiket flight. Banyak agensi menawarkan diskaun istimewa, termasuk potongan sehingga 40% bagi tiket ke destinasi popular seperti Tokyo, Seoul, atau Istanbul. Anda juga boleh terus membandingkan harga antara agensi dan dapatkan nasihat terus daripada pakar pelancongan.

6. Langgan Emel dan Notifikasi Promosi

Ramai mengabaikan ciri ini, tetapi ia sebenarnya sangat berguna. Syarikat penerbangan seperti AirAsia, Batik Air, dan Malaysia Airlines sering mengadakan promosi sempena cuti sekolah, Tahun Baru Cina, atau Hari Kemerdekaan. Dengan melanggan emel mereka atau mengikuti media sosial, anda akan jadi antara yang terawal (early bird) tahu bila promosi bermula.

Tips tambahan: Gunakan kad kredit atau e-wallet yang menawarkan rebat tunai atau mata ganjaran untuk setiap pembelian tiket.

7. Pertimbangkan Lapangan Terbang Alternatif

Kadangkala, terbang ke lapangan terbang yang berdekatan dengan destinasi utama boleh menjimatkan wang. Sebagai contoh, jika harga ke Narita (Tokyo) mahal, cuba lihat harga ke Haneda atau ke Osaka, dan naik kereta api ke Tokyo. Begitu juga dalam negara—jika tiket ke Kota Kinabalu mahal, lihat pilihan ke Tawau atau Sandakan.

8. Manfaatkan Pakej Bundle

Kadangkala beli tiket flight secara berasingan lebih mahal berbanding pakej lengkap (flight + hotel). Contohnya, AirAsia dan Traveloka sering menawarkan bundle deals (flight + hotel) yang jauh lebih menjimatkan untuk percutian ke Bali atau Bangkok. Tambahan pula, anda boleh jimat masa dan tenaga dalam membuat perancangan.

Tips tambahan: Pastikan anda meneliti semua caj tambahan seperti bagasi, makanan, dan caj pemilihan tempat duduk. Kadangkala tiket murah boleh jadi lebih mahal selepas semua caj dimasukkan. Bijak memilih dan semak butiran sebelum buat pembayaran akhir.

Rancang Dengan Bijak, Nikmati Percutian dengan Tenang

Musim bercuti bukan hanya masa untuk berehat, tetapi juga peluang untuk mencipta kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan perancangan yang bijak dan beberapa langkah mudah, anda bukan sahaja boleh berjimat, malah dapat menikmati perjalanan tanpa tekanan.

Jadi, sebelum anda menekan butang “Book Now”, ingat semula tips di atas. Percutian yang hebat bermula dengan keputusan yang pintar—dan tiket murah adalah langkah pertama ke arah itu.

Selain tiket flight yang murah, kelengkapan untuk percutian perlulah ada. Mencari pakaian, bagasi ataupun alat penjagaan diri untuk percutian anda? Cari di Zalora sale sekarang!

Selamat merancang dan selamat bercuti!