Bekerja Dari Rumah (BDR)

Tips Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk Kerja Yang Lebih Produktif

Tips Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk Kerja Yang Lebih Produktif
pexels

Mulai 15 April 2026, kerajaan mengumumkan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) di Malaysia untuk kementerian, agensi, badan berkanun, serta syarikat berkaitan kerajaan. Dalam masa yang sama, penjawat awam tertentu yang bertugas di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan ibu negeri, dengan jarak perjalanan melebihi 8 kilometer, turut layak di bawah ketetapan ini.

Dengan perubahan ini, persediaan untuk BDR menjadi semakin penting agar rutin kerja harian kekal lancar, selesa dan produktif. Jadi, jom lihat beberapa persediaan penting yang anda boleh lakukan untuk menghadapi Bekerja dari Rumah (BDR) dengan lebih teratur.

1. Cipta Ruang Kerja yang Selesa

Anda tidak perlukan home office yang besar untuk BDR yang efektif. Cukup dengan satu sudut yang kemas, terang, dan selesa. Meja yang teratur, kerusi yang selesa, dan pencahayaan yang baik boleh membantu anda kekal fokus lebih lama tanpa cepat letih.

2. Berpakaian Kemas dan Selesa

Salah satu tips bekerja dari rumah yang selalu menjadi game changer ialah menukar pakaian tidur kepada outfit yang lebih presentable. Tidak perlu terlalu formal tetapi cukup sekadar selesa dan kemas. Bila penampilan terasa lebih kemas, mindset kerja pun biasanya lebih cepat masuk.

3. Mulakan Hari dengan Rutin Ringkas

BDR mudah jadi tidak teratur jika pagi bermula tanpa perancangan yang jelas. Cuba mulakan hari dengan rutin yang mudah seperti bangun pada waktu tetap, mandi, sarapan, dan semak tugasan utama. Ianya nampak mudah tetapi cukup untuk membantu anda rasa lebih bersedia sebelum mula bekerja.

4. Susun Tugasan Ikut Keutamaan

Semasa bekerja dari rumah, masa boleh terasa fleksibel tetapi juga mudah hilang. Sebab itu, anda perlu buat senarai kerja atau to-do list yang realistic. Mulakan dengan tugasan paling penting, fokus pada satu perkara pada satu masa, dan kurangkan multitasking yang hanya buat anda rasa sibuk tanpa benar-benar produktif.

5. Pastikan Kelengkapan Digital Anda Siap

Sebelum memulakan hari, semak internet, pengecas, komputer riba, headphones, dan platform mesyuarat anda. Persediaan kecil seperti ini nampak remeh, tetapi boleh mengelakkan banyak gangguan ketika bekerja. Bila kelengkapan digital lancar, momentum kerja juga lebih mudah dikekalkan.

6. Tetapkan Had Waktu Kerja yang Jelas

Salah satu cabaran terbesar BDR ialah apabila waktu kerja dan waktu rehat mula bercampur. Jadi, tetapkan masa mula dan tamat kerja yang jelas. Bila waktu rehat, benar-benar berehat. Bila kerja selesai, tutup komputer and dan jauhi ruang kerja. Produktiviti yang baik datang daripada rutin yang seimbang, bukan daripada bekerja tanpa henti.

Adakah anda sudah bersedia untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) ? Sila kongsikan dengan kami tips untuk kekal produktif semasa bekerja di rumah.

Leave a Reply