Percutian atau bercuti sememangnya diperlukan dalam lumrah kehidupan seorang manusia. Baik yang bekerja ataupun yang masih belajar, kedua-duanya memerlukan masa dimana mereka dapat melepaskan diri dari kesibukan rutin harian. Kajian juga membuktikan bahawa dengan bercuti dapat menyimbangkan kesihatan mental sesesorang individu itu.
Kehidupan di tengah-tengah kota itu memang menjanjikan kemudahan yang tiada tandingi namun melarikan diri sekejap dari kesibukan kota itu dapat memberi ketenangan yang tidak disangka. Jika anda ingin menghirup udara segar dengan landskap semula jadi yang indah, blog kali ini kami kongsikan tempat percutian menarik untuk self healing sekitar Malaysia.
Bila berbicara tentang destinasi untuk self healing pastinya merujuk kepada destinasi yang membawa kita kembali behubung dengan alam semula jadi.
GENTING HIGHLANDS, PAHANG
Terletak di kawasan pergunungan berbatu dan dikelilingi oleh hijau-hijauan, Genting Highlands merupakan tempat percutian yang sangat popular, lebih-lebih lagi yang inginkan short escape tetapi mahu keluar dari kota raya Kuala Lumpur. Hanya dengan perjalanan sekitar kurang dari satu jam, anda dapat merasai panaroma yang berbeza dengan kabus-kabus yang cukup menyempurnakan pemandangan itu. Jangan lupa untuk memakai pakaian yang sesuai seperti jaket atau cardigan kerana suhunya yang sejuk di atas gunung itu.
KUALA KUBU BHARU, SELANGOR
Bagi yang ingin mengembalikan jiwa kanak-kanak dalam diri, maka ini pilihan terbaik untuk anda. Terokai alam flora dan fauna disini dengan pelbagai aktiviti lasak dan juga outdoor seperti hiking, paragliding, berakit, menyelusuri arus sungai dan juga boleh mendaki. Anda juga boleh menginap di tengah-tengah hutan sambil ditemani dengan kicauan burung yang merdu. Yang paling penting, pastikan memakai pakaian sukan yang sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan!
Baca juga : Manfaat Mendaki Gunung
KL FOREST ECO PARK
Siapa sangka di sebalik bangunan metropolitan di Kuala Lumpur tersembunyi hutan simpan yang cantik dan segar kehijauan. Kesibukan bekerja mungkin menghalang anda untuk keluar dalam jarak yang jauh dari ibu kota maka lokasi ini adalah jawapannya. Gabungan pemandangan kota dan juga alam semula jadi menjadikannya lebih menarik ditambah laluan jambatan gantung untuk anda menikmati trail laluan di hutan simpan tersebut. Anda boleh berkunjung pada hari minggu bagi melepaskan rasa penat setelah lima hari bekerja.
PANTAI TELUK DALAM, PULAU REDANG, TERENGGANU
Destinasi pantai adalah tempat yang paling wajib dikunjungi jika anda ingin memulakan sesi self healing anda. Tidak ada yang dapat menandingi perasan berjalan di atas pasir putih sambil menikmati bayu laut yang menyegarkan seakan-akan menghapus beban yang berada di kepala. Percaya atau tidak, anda akan jatuh cinta jika ini kali pertama anda pergi ke pantai. Aktiviti estetik yang boleh dilakukan di pantai adalah berkelah sambil menunggu matahari terbenam ditemani dengan secawan kopi kegemaran anda. Tidak dinafikan pantai adalah lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam.
Jika anda mempunyai bajet yang lebih, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke negeri Sabah yang pastinya membuatkan anda tidak ingin kembali ke bandaraya.
Tidak perlu menunggu untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan diri jika di negara kita terdapat pelbagai tempat percutian yang menarik yang dapat diterokai. Bak kata pepatah “Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri”.
Kongsikan dengan kami pengalaman anda bercuti di ruangan komen di bawah.