sidang kemuncak asean 2025 di klcc

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Malaysia Menjadi Tuan Rumah

Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia akan menerima kehadiran pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog antarabangsa dalam satu persidangan penting yang membincangkan isu serantau, kerjasama ekonomi, keselamatan, dan kelestarian.

Apa Itu Sidang Kemuncak ASEAN?

Sidang Kemuncak ASEAN 2025
@Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Sidang Kemuncak ASEAN merupakan mesyuarat tertinggi tahunan yang menghimpunkan ketua-ketua negara dan kerajaan dari negara-negara anggota ASEAN. Ia berfungsi sebagai platform utama untuk membincangkan dasar-dasar strategik, memperkukuh kerjasama serantau, dan menangani cabaran bersama dalam pelbagai bidang.

Persiapan Kuala Lumpur sebagai Tuan Rumah

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional. Persiapan ini melibatkan aspek kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan, serta penyelenggaraan infrastruktur.

Kira-kira 20,000 orang, termasuk delegasi, perwakilan, peserta, urus setia, dan petugas dijangka akan berkumpul di KLCC sempena sidang kemuncak ini.

Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) Sepanjang Sidang Kemuncak

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memastikan kelancaran persidangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengumumkan bahawa dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) akan diteruskan secara fleksibel sepanjang tempoh sidang kemuncak.

Pelaksanaan BDR ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.4.1.2. Bertujuan mewujudkan keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kesinambungan tugas serta kesejahteraan pegawai dari segi keharmonian kerja dan kehidupan

Pegawai awam yang layak disarankan untuk berhubung dengan ketua jabatan masing-masing bagi pertimbangan sewajarnya. Langkah ini merupakan antara inisiatif kerajaan dalam mengutamakan tadbir urus ,selari dengan nilai-nilai teras Madani.


Sidang Kemuncak ASEAN 2025 bukan sahaja menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau, tetapi juga mencerminkan komitmen Malaysia dalam memainkan peranan aktif di pentas antarabangsa.

\Baca info terkini di Zalora Blog Malaysia.