Siapa Kateyki “Thank You Kateyki” yang Sebenar?

Kateyki atau lebih dikenali dengan “Thank you kateyki” atau nama sebenarnya Somrutai Sangchaiphum adalah influencer dari Thailand yang semakin mendapat perhatian di media sosial. Pengikutnya di platform Tiktok sudah mencecah hingga 2.1 juta kerana kontenya yang bersahaja. Di setiap video tiktok yang dihasilkan wanita kateyki ini menampilkan sosok wanita dengan kehidupan yang mewah.

Latar Belakang Aon Somrutai 

@glammalaysia

Wanita ini bukan calang-calang,dia merupakan pelajar di Universiti Karlstad dan kini merupakan seorang pengasas jenama mewah yang dikenali sebagai Perrine Porter. Katanya, ingin menghasilkan jenama mewah yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Jangan tertipu dengan sosok bimbo yang diketengahkan di dalam kontenya , rupa-rupayanya seorang yang berpangkat tinggi.

Thank You kateyki!

Sebenarnya, sebutan yang betul bukanlah Kateyki tetapi Khun Tae Ki yang membawa maksud, Khun (cik) dan Tae Ki adalah nama asisten Aon dalam bahasa Thai.

Fesyen Kateyki

aonsomrutai instagram
@aonsomrutai via instagram

Setiap outfit yang dipakai oleh Aon di dalam “Thank you kateyki” adalah serba mewah seperti Dior, Gucci, Louis Vuitton dan sebagainya. Semestinya taste Aon adalah A+!

Jika anda juga ingin merasakan “thank you kateyki” momen jangan lupa kunjungi Zalora luxury Malaysia, terdapat pelbagai jenama high-end pada harga terendah!