Selamat Hari Malaysia 2025

Setiap 16 September, rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia sebagai simbol perpaduan dan kebanggaan. Sambutan pada tahun 2025 begitu bermakna kerana menandakan genap 62 tahun terbentuknya negara apabila Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu bergabung secara rasmi pada 16 September 1963. Tarikh bersejarah ini menjadi cerminan identiti bangsa serta perjalanan menuju kemerdekaan yang sebenar.

Selamat Hari Malaysia 2025
@Pinterest

Tema Hari Malaysia 2025

Tema rasmi sambutan tahun ini ialah “Malaysia Madani, Rakyat Disantuni”. Ia menggambarkan hasrat negara dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu, adil, serta berteraskan nilai kemanusiaan. Keutamaan kerajaan dalam menjamin kebajikan serta kesejahteraan rakyat jelas tergambar melalui tema ini, yang seiring dengan prinsip MADANI berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan dan perpaduan.

Cara Menyambut Hari Malaysia 2025

Setiap negeri di Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk meraikan sambutan penuh makna ini. Antaranya:

  • Perarakan rasmi – Biasanya diadakan di ibu negeri yang terpilih, menampilkan pasukan keselamatan, pelajar, serta persembahan budaya.
  • Pertunjukan seni & budaya – Tarian tradisional, nyanyian patriotik, dan persembahan muzik tempatan.
  • Kempen kibarkan Jalur Gemilang – Jalan, rumah, dan bangunan dihiasi bendera sebagai tanda semangat patriotisme.
  • Program komuniti – Gotong-royong, sukan rakyat, serta aktiviti sukarela untuk mengeratkan hubungan masyarakat.

Aktiviti Menarik Sempena Hari Malaysia

@Kementerian Perpaduan Negara

Bagi mereka yang ingin meraikan hari bersejarah ini dengan cara tersendiri, berikut idea yang trendy dan menyeronokkan:

  • Keretapi Sarong 2025 – Acara ikonik di mana orang ramai menaiki pengangkutan awam dengan mengenakan sarong berwarna-warni
  • Marathon atau Fun Run – Aktiviti sihat sambil menyemarakkan semangat kebangsaan.
  • Menonton filem patriotik – Antaranya Ola Bola atau Tanah Tumpahnya Darah Kita untuk menyelami erti perjuangan.
  • Food hunting – Nikmati pelbagai juadah tradisional dari Sabah hingga Sarawak sebagai tanda kepelbagaian budaya.

Ucapan Hari Malaysia

Tidak lengkap tanpa ucapan penuh semangat. Berikut contoh ucapan yang boleh anda kongsi:

Satu jiwa, satu cinta, satu bendera. Kekal harmoni selamanya.

Berbeza budaya, satu jiwa. Dirgahayu Malaysiaku tercinta! Selamat Hari Malaysia 2025″


Hari Malaysia adalah masa terbaik untuk menghargai sejarah dan menguatkan semangat perpaduan. Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar kebebasan dan menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air.