Setiap tahun, masyarakat India beragama Hindu di Malaysia menantikan kedatangan bulan Oktober untuk menyambut Hari Deepavali. Tahun ini, Deepavali 2025 disambut pada 20 Oktober, membawa makna mendalam tentang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan dan harapan baharu selepas setiap cabaran. Lebih daripada perayaan keagamaan, Deepavali melambangkan kekuatan, pembaharuan dan semangat positif yang menyatukan semua untuk memulakan awal yang baharu.
Apakah Itu Hari Deepavali?

Turut dikenali sebagai Pesta Cahaya, Deepavali dari sudut bahasa memberi maksud sebaris pelita. Ianya berasal daripada perkataan Sanskrit “Deepa” yang bermaksud cahaya dan “Avali” yang bermaksud barisan. Secara simboliknya, perayaan ini menggambarkan kemenangan kebenaran dan keadilan dalam kehidupan. Bagi penganut Hindu, ia juga memperingati kepulangan Dewa Rama ke Ayodhya selepas mengalahkan Raja Ravana, di mana rakyat menyalakan pelita untuk menyambut kepulangannya.
Bagaimana Hari Deepavali Disambut?
Beberapa hari sebelum Deepavali, rumah-rumah akan dibersihkan dan dihiasi dengan pelita serta kolam berwarna-warni di pintu masuk sebagai simbol menyambut rezeki dan keberkatan. Pagi Deepavali dimulakan dengan mandi minyak suci, satu ritual pembersihan diri, diikuti doa dan upacara keagamaan di kuil.
Selepas itu, suasana meriah terus terasa dengan kunjungan saudara mara dan rakan-rakan. Hidangan tradisional seperti murukku, laddu, tosai, dan kari menjadi pelengkap meja, manakala pakaian tradisional seperti saree dan kurta menyerikan lagi sambutan.

Adakah Diwali dan Deepavali sama?
Ramai yang tertanya-tanya sama ada Diwali dan Deepavali merujuk kepada perayaan yang sama — jawapannya ialah ya, kedua-duanya adalah perayaan yang diraikan oleh penganut Hindu di seluruh dunia. Perbezaan utama hanyalah pada sebutan dan penggunaannya di rantau berbeza. Di Utara India, istilah “Diwali” lebih lazim digunakan, manakala di Selatan India perayaan ini dikenali sebagai “Deepavali“.
Ucapan Hari Deepavali
Berikut beberapa idea ucapan menarik yang boleh anda gunakan :
- Selamat Hari Deepavali! Semoga cahaya dan keberkatan memenuhi hidup anda dengan kebahagiaan dan kejayaan.
- Semoga Deepavali ini membawa kedamaian, kegembiraan dan sinar baharu dalam kehidupan anda dan keluarga.
- Selamat Hari Deepavali 2025! Semoga sinar cahaya membawa kebahagiaan yang tak terhingga ke dalam hidup kita semua
Dapatkan koleksi pakaian Deepavali yang elegan dan trendy hanya di ZALORA