Resepi Kuih Raya Simple & Sedap untuk Raya!

Nak buat kuih raya tapi tak nak yang rumit? Jom cuba resepi kuih raya simple yang mudah dan cepat disediakan, tapi tetap sedap! Confirm kuih raya anda akan berjaya dihasilkan!


1. Cornflakes Madu Rangup

Cornflakes Madu Rangup
@chenom

📌 Bahan-bahan:

  • 3 cawan cornflakes
  • ½ cawan madu
  • ¼ cawan mentega
  • ¼ cawan gula

📌 Cara membuat:

  1. Panaskan madu, mentega, dan gula sehingga larut.
  2. Tuangkan ke dalam cornflakes dan gaul sebati.
  3. Letakkan dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.
  4. Sejukkan dan sedia untuk dihidang!

2. Biskut Suji

Biskut Suji
@chenom

📌 Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • ½ cawan gula halus
  • 2 cawan tepung suji
  • 1 cawan tepung gandum

📌 Cara membuat:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan tepung suji dan tepung gandum, gaul hingga jadi doh.
  3. Bentukkan doh bulat kecil dan susun di atas dulang.
  4. Bakar pada suhu 160°C selama 15 minit.
  5. Sejukkan sebelum disimpan dalam balang.

3. Biskut Almond London

Biskut Almond London
@chenom

📌 Bahan-bahan:

  • 250g mentega
  • ½ cawan gula icing
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • Badam panggang (ikut suka)
  • Coklat masakan & badam cincang (untuk hiasan)

📌 Cara membuat:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan uli hingga jadi doh.
  3. Ambil sedikit doh, letak badam panggang, dan bentukkan lonjong.
  4. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit.
  5. Celup biskut dalam coklat cair dan tabur badam cincang.

4. Soft Chocolate Chip Cookies

Soft Chocolate Chip Cookies
@chenom

📌 Bahan-bahan:


  • 113g mentega unsalted
  • 150g (3/4 cawan) gula perang lembut
  • 50g (1/4 cawan) gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 175g (1 1/3 cawan) tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 100g coklat coin / bar (dicincang)
  • 100g coklat chip

📌 Cara membuat:

  1. Cairkan mentega atas api perlahan sehingga menjadi brown butter.
  2. Masukkan gula perang, gula kastor ,telur dan esen vanila, kacau hingga sebati.
  3. Masukkan campuran tepung gandum, baking soda, garam dan cip coklat.
  4. Rehatkan adunan selama 15 minit.
  5. Bakar selama 7-10 minit pada suhu 175°C.

Kuih raya tak perlu susah! Dengan resepi kuih raya simple ini, Syawal pasti lebih meriah dengan pelbagai pilihan biskut homemade. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya dari kami Zalora Blog Malaysia.

Cari barang hias rumah untuk raya? Zalora ada!