Rembayung,Restoran Khairul Aming Bernilai RM4 Juta Dibuka 2026

Berita baik untuk semua peminat Khairul Aming! Selepas berjaya menawan hati pengikut dengan Dendeng Nyet dan Sambal Berapi Nyet, Khairul Aming kini bersedia melangkah ke dunia F&B secara serius dengan pembukaan restoran pertamanya, Rembayung, yang dijangka membuka pintu pada Januari 2026. Dengan pelaburan bernilai RM4 juta, projek ini membuktikan komitmen Khairul Aming untuk membawa pengalaman kulinari Melayu ke tahap premium, lengkap dengan konsep moden dan selesa.

Rembayung

Lokasi Restoran Rembayung

Rembayung akan dibuka di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hanya 9 minit dari pusat bandar (KLCC). Lokasi ini dipilih bukan sahaja untuk kemudahan akses, tetapi juga untuk memberi pengalaman “kampung di tengah kota” — sebuah konsep yang menggabungkan nostalgia dengan suasana kontemporari.


Reka Bentuk dan Konsep Restoran

Rembayung dibina atas tanah seluas 8,000 kaki persegi dan mampu menampung 250 pengunjung pada satu masa. Konsep semi-glass house dengan sentuhan kampung menjadikan restoran terang, cozy, dan instagrammable.

Khairul Aming berkongsi tentang perjalanan pembinaan restorannya:

Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru, jarak 9 minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project

Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung “

Walaupun menu rasmi masih belum diumumkan, peminat sudah menjangkakan hidangan Melayu klasik dengan sentuhan moden.


Rembayung Dijangka Jadi Hotspot Tahun 2026

Dengan pengaruh Khairul Aming, aesthetic restoran yang cantik, lokasi strategik dan hype yang semakin memuncak — tak hairan kalau Rembayung bakal jadi tempat wajib singgah untuk foodies dan juga peminat makanan keluaran Khairul Aming.

Di Rembayung, pengunjung hanya boleh menikmati hidangan melalui tempahan terlebih dahulu — tiada walk-in — memastikan pengalaman makan lebih teratur dan eksklusif.

Kalau anda jenis suka jadi antara orang terawal, anda mungkin nak mula standby dari sekarang. Bila booking dibuka… cepat-cepat lock your seats.

Leave a Reply