Dalam setiap perhubungan, pasti ada pasang surutnya. Begitu juga dengan hubungan persahabatan. Pastinya akan berlaku situasi merajuk, bertikam lidah dan bermasam muka. Jika anda sedang mengalami situasi ini, ini dia sedikit perkongsian bagaimana memujuk kawan anda.
Pabila sahabat anda marahkan anda, jangan diusik lagi amarahnya. Bimbang memarakkan lagi api kemarahannya. Biarkan dia menjadi sejuk dan selepas itu anda boleh berbincang dan terangkan padanya tentang kesalahan anda.
Ketepikan egomu dan segeralah meminta maaf kerana telah membuatnya merajuk atau terasa hati. Tidak salah untuk meminta maaf, kan? Gunakan kreatif anda ketika meminta maaf seperti menulis surat dengan ayat yang berbunga agar hati dia cepat sejuk.
Kebiasaannya, orang yang marah pasti akan terasa lapar. Belikan dia makanan kegemarannya, pasti senyuman manis akan terukir di bibirnya.
Sahabat yang baik dan memahami sukar untuk dicari. Anda perlu menerima seadaanya sahabat itu. Andainya dia memiliki kekurangan, anda lengkapilah kekurangannya. Begitu juga sebaliknya. Jikalau dia api, anda jadilah air yang memadam api tersebut. Berkat tolak ansur antara satu sama lain, hubungan persahabatan anda dan sahabat anda akan berkekalan.
Anda pernah bermasam muka dengan sahabat baik anda? Boleh kongsikan tips anda memujuk sahabat anda di ruangan komen.