Hari Bapa hampir tiba! Ya anda mungkin terlepas pandang kerana Hari Bapa tidak begitu diuar-uarkan di sosial media mahupun televisyen seperti Hari Ibu, namun ia tidak membawa maksud bahawa Hari Bapa tidak penting. Saban tahun di negara kita Malaysia, Hari Bapa selalunya diraikan pada hari Ahad yang ketiga pada setiap bulan Jun bagi menghargai pengorbanan seorang lelaki bernama ayah. Sosok tubuh yang sering mengajar kita untuk kuat menghadapi dugaan hidup. Dan golongan ayah ini juga patut diraikan, jika anda kekeringan idea hadiah untuk Hari Bapa , jangan risau kami di THREAD BY ZALORA sedia membantu anda. Ini dia idea hadiah untuk Hari Bapa yang pasti membuat golongan ayah terharu!
Aksesori
Perasan atau tidak, sifat ayah selalunya sama. Mereka sanggup mengeluarkan wang untuk keperluan dan kehendak keluarga tetapi menahan diri sendiri. Inilah masanya untuk anda memberi penghargaan kepada mereka dengan membelikan aksesori seperti dompet, jam tangan atau juga kasut kepada ayah anda. Mereka mungkin tidak akan menunjukkan sebarang reaksi tetapi jauh disudut hatinya, perasaan bahagia terharu dengan keprihatinan anda.
Set Memancing
Bagi ayah mereka yang digelar “kaki pancing”, set alatan memancing yang baru pasti membuatkan mereka teruja. Jika mereka bukanlah jenis yang suka memancing, cuba amati hobi atau perkara yang mereka suka lakukan dan beri hadiah mengikut minat mereka. Perkara ini nampak mudah, tetapi jika anda berusaha sedikit untuk mengenali ayah anda, pasti mereka akan sangat bahagia.
Mesin Pengurut
Jika anda mempunyai bajet yang bagus, apa kata gantikan kerusi usang ayah anda kepada kerusi urut. Beri sosok tubuh itu istirahat yang layak mereka dapatkan setelah bekerja sekuat tenaga bagi menampung keperluan keluarga. Kerusi urut juga merupakan pelaburan yang bagus kerana dapat membantu melegakan sakit -sakit otot ayah anda yang sudah berusia. Di atas talian sekarang, terdapat pelbagai tawaran dan harga yang berbeza-beza mengikut kesesuaian bajet anda. Di ZALORA kami juga menyediakan beli dahulu, bayar kemudian!
Kad Ucapan Kreatif
Jika anda masih belajar,anda tidak mempunyai keuangan yang kukuh untuk membeli hadiah Hari Bapa. Jangan risau, kerana terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan penghargaan kepada ayah anda seperti hadiah yang dibuat sendiri. Kad ucapan Hari Bapa yang kreatif ,luahkan isi hati anda dan hiasi kad tersebut mengikut kreativiti anda. Kadangkala, perasan lebih senang diungkapkan melalui tulisan. Selamat berjaya!
Berikut mengikut, sedikit idea bagi Hari Bapa yang boleh anda lakukan. Kongsikan dengan kami bagaimana anda menyambut Hari Bapa diruangan komen di bawah.
Dikesempatan ini kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua lelaki di luar sana, anda adalah hero sebenar untuk keluarga kecil anda. Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa memikul tanggungjawab sebagai Ayah. Selamat Hari Bapa!