Cemburu, fitrah semula jadi yang dimiliki oleh setiap manusia baik lelaki atau perempuan. Cemburu yang bertepatan tempat akan membuat kebahagiaan rumah tangga terjamin aman harmoni. Jadi, antara cemburu perempuan atau lelaki siapakah yang paling berbahaya dalam sesebuah hubungan?
Cemburu perempuan jangan berlebihan buat para isteri, bimbang boleh memarakkan api kemarahan. Jangan sesekali membanding-bandingkan suami anda dengan bekas suami atau lelaki lain dan jangan sesekali menunjukkan kekaguman pada lelaki lain selain suami anda. Dikhuatiri akan merendahkan martabat dan membuat suami anda berkecil hati tanpa disedari.
Bagi pihak lelaki pula, elakkan diri anda daripada dipengaruhi oleh sifat cemburu buta. Hal ini kerana, cemburu buta boleh mengakibatkan hidup isteri menjadi sengsara dan terseksa. Bahkan, rumah tangga juga tidak mampu untuk bertahan lama kerana hidup dalam keadaan yang tertekan.Maka, dalam cemburu itu perlu disertakan sekali kesabaran, keadilan, kebijaksanaan, kejujuran, ketenangan, kelembutan dan bukan semata-mata cemburu berlandaskan nafsu agar keharmonian rumah tangga terjaga.
Untuk mengekalkan hubungan yang harmoni dan jangka masa panjang, salah satu cara untuk mengurangkan rasa cemburu adalah dengan deep talk bersama pasangan. Beri tahu apa yang anda suka, dan apa yang anda tidak gemari dalam sesebuah hubungan. Ingat “communication is key” , komunikasi yang jelas
Anda ada tips lain untuk mengawal sifat cemburu?