6 Cara Mengekalkan Persahabatan

Sahabat adalah insan yang berada di sisi kita tidak kira sama ada dalam keadaan susah mahupun ketika senang. Sahabat adalah insan yang menjadi tempat untuk bersandaran serta menjadi insan yang paling penting dalam kehidupan kita. Sahabat yang baik sentiasa menjadi tulang belakang kepada kita. Di saat orang mengeji, dia ada bersama kita. Semua orang pastinya mempunyai sahabat. Sahabat diumpamakan mentari yang menyinar. Tanpa sahabat, pincanglah kehidupan kita. Tanpa sahabat, kosonglah jiwa kita. Seseorang itu boleh hidup tanpa kekasih namun tidak boleh hidup tanpa sahabat. Oleh itu, adalah amat perlu untuk kita menjaga sebuah persahabatan yang terjalin agar berkekalan tanpa sebarang persengketaan. Berikut adalah beberapa cara untuk mengekalkan sebuah ikatan tali persahabatan agar dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang.

1.Sentiasa Ada

pexels-photo-546162.jpeg

Sentiasa menghulurkan pertolongan pada sahabat agar sahabat kita sentiasa merasai kewujudan kita sebagai seorang sahabat yang sejati tanpa rasa terkontang-kanting seorang diri andai dia berada dalam kesusahan. Pertolongan kecil mampu membuatkan sahabat kita menghargai diri kita. Jika sahabat anda memerlukan masa anda untuk menemaninya ke sesuatu majlis atau mendapatkan pandangan anda tentang fesyen yang ingin diperagakan, berikan sepenuh perhatian anda apabile ia diperlukan. 

2.Bersikap Positif

sam-manns-379040.jpg

Semua orang pasti ada kekurangan serta kelebihan. Begitu juga dengan sahabat kita termasuklah diri kita sendiri. Oleh itu, kita harus sentiasa bersikap positif dan janganlah terlalu cerewet memandang hal remeh-temeh sehingga boleh menjejaskan sebuah persahabatan.

3.Tidak Melupakan

katy-belcher-342054.jpg

Tidak melupakan sahabat kita andai kita sudah menjumpai sahabat yang baru. Memang benar, sahabat itu datang dan pergi. Cumanya persahabatan yang ikhlas akan sentiasa ada tidak kiralah seberapa ramai sahabat yang datang. Tidak salah mengekalkan persahabatan yang lama walaupun telah menemui persahabatan yang baru. Ukhwah perlu dijalinkan agar berkekalan.

4.Sentiasa Menyokong

h-ng-nguy-n-256537.jpg

Sentiasa menyokong apa sahaja hobi mahu pun kejayaan sahabat kita selagi tidak melanggari batas-batas agama. Sokongan seorang sahabat memberikan impak dan aura yang positif untuk melalui hari-hari yang mendatang.

5.Tidak Memburuk-burukkan

kendyle-nelsen-236469.jpg

Sahabat yang baik tidak memburuk-burukkan sahabatnya. Dalam erti kata lain tidak menjadi penyampai kerana sikap sebegitu akan menjejaskan sebuah persahabatan akibat daripada menjaja cerita. Selain itu, apa sahaja rahsia yang dikongsikan, jangan sesekali menghancurkan kepercayaan yang diberi dengan memberitahu orang lain. 

6. Jujur dalam persahabatan

Perkara ini sering diambil endah apabila kita bersahabat, tidak kira apa jua hubungan kejujuran amat penting dalam mewujudkan hubungan yang sihat. Jika anda sudah menganggap seseorang sebagai sahabat, anda boleh jujur kepada mereka dengan apa yang anda rasakan.

Adakah anda mempunyai cara-cara lain untuk mengekalkan sebuah persahabatan yang boleh dikongsikan? Kami di Zalora blog Malaysia juga ingin mengucapkan selamat hari persahabatan! Jika anda ingin mencari baju-baju yang boleh di mix and match bersama bestie atau jewellery friendship bracelet, lihat di Zalora Malaysia!

One thought on “6 Cara Mengekalkan Persahabatan

Comments are closed.