
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kembali dengan versi terbaru, PLKN 3.0, yang akan dilancarkan pada Januari 2025. Program ini bertujuan untuk membentuk semangat patriotik dan jati diri dalam kalangan belia melalui latihan fizikal dan mental. PLKN kali ini akan diadakan di 13 kem tentera di seluruh negara, menawarkan pengalaman latihan yang lebih mantap. Jadi adakah anda bersedia untuk PLKN?
Apa Yang Menarik Tentang PLKN 3.0?
PLKN 3.0 berfokus kepada pengembangan kemahiran dan disiplin yang lebih menyeluruh. Peserta tidak hanya akan menerima latihan ketenteraan tetapi juga pengajaran tentang kemahiran hidup dan pembangunan peribadi. Ini akan memberikan mereka pengetahuan dan pengalaman yang berguna dalam kehidupan sehari-hari.
Program ini akan melibatkan:
- Latihan Fizikal dan Disiplin: Peserta akan dilatih dalam teknik ketenteraan serta latihan fizikal yang menguatkan mental dan fizikal.
- Pembangunan Jati Diri: Modul yang direka untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berpasukan.
- Kemahiran Hidup: Selain fokus kepada aspek ketenteraan, peserta juga akan didedahkan kepada kemahiran berguna dalam kehidupan seharian.
Cara Semak Nama PLKN Siri 2

Untuk mengetahui sama ada anda terpilih sebagai peserta PLKN 3.0 siri 2 anda boleh memulakan semakan mulai 22 April menerusi laman sesawang rasmi : https://jlkn.mod.gov.my/. Plkn siri 2 ini bakal berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei – 24 Jun yang melibatkan seramai 550 pelatih.
Lokasi & Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 12 Januari 2025.
Lokasi bagi program Plkn melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera, di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026.
SIRI 1
- Lokasi: Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Tarikh: 12 Januari – 25 Februari 2025
SIRI 2
-
Lokasi
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
- Tarikh: 11 Mei – 24 Jun 2025
SIRI 3
-
Lokasi
- Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, KL
- Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang
- Tarikh: 7 September – 21 Oktober 2025
Syarat Pengecualian PLKN
Tidak semua individu wajib menjalani PLKN. Terdapat syarat pengecualian bagi mereka yang memenuhi kriteria tertentu seperti keadaan kesihatan, komitmen pendidikan, atau sebab-sebab lain yang dibenarkan. Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini tentang syarat pengecualian yang akan diumumkan oleh pihak berkuasa.
Dengan ini, pastikan anda sentiasa peka kepada pengumuman rasmi dan maklumat terkini mengenai PLKN 3.0. Bagi yang terpilih bagi menyertai PLKN, usah risau kerana ini merupakan peluang keemasan yang baik untuk diri anda.
Cari kelengkapan sebelum memasuki Plkn di Zalora Malaysia, dari baju kurung, kemeja , kasut dan banyak lagi!