Persediaan Hiking Bagi Seorang Pendaki Newbie

Sekarang Ini memang tengah trend hiking dan ia adalah satu hobi yang digemari anak muda mahupun orang yang sudah berusia. Usia bukan lagi penghalang untuk kita mendaki gunung asalkan kita kuat dan larat menghadapi cabaran sepanjang pendakian. Bagi mereka yang pernah berhiking, pastinya tidak pernah terlepas untuk berkongsikan gambar menarik. Inilah yang akan menyebabkan ramai mahu mencuba juga bagi melihat pemandangan menarik di atas gunung sana. Aktiviti mendaki gunung ini juga banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan.

Jika anda ialah newbie yang mahu cuba – cuba berhiking, ikuti persediaan di bawah sebelum memulakan pendakian anda. 

1. Stamina

pexels-photo-236973.jpeg

Bagi para pemula, anda dinasihatkan selalulah membuat senaman untuk menambahkan stamina beberapa minggu atau seminggu awal sebelum aktiviti pendakian dijalankan. Ini bagi membiasakan diri kita menerima tekanan dan keletihan. Gunung yang bakal anda naiki bukan tinggi yang biasa – biasa. Jadi, anda memerlukan stamina yang kuat untuk sampai ke puncak dengan jayanya. Sengal -sengal kaki itu biasa. 

2. Informasi

pexels-photo-346805.jpeg

Pastikan sebelum mendaki, anda sudah mengetahui seberapa banyak informasi berkenaan gunung tersebut. Ini memudahkan anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Selain itu, ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui masa yang akan diambil untuk tiba di puncak dan pulang dengan selamat.

3. Teman

park cover 1.jpg

Selalunya aktiviti pendakian tidak dilakukan berseorang. Ia hanya dilakukan secara berkumpulan. Lebih – lebih lagi jika anda adalah seorang hiking newbie. Pastikan kumpulan yang akan anda ikuti nanti merupakan orang – orang yang terlatih atau orang yang sudah biasa dengan keadaan hutan/hiking. Pastikan anda mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Bak kata pepatah ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.’. Jangan pentingkan diri sendiri.

4. Peralatan

1516dbe7c842f840fba3651a7c12baf3.jpg

Senaraikan peralatan penting yang akan dibawa ketika mendaki. Tak usah membawa peralatan yang tidak penting dan tidak berguna seperti buku untuk dibaca ketika ada masa lapang. Usah kan buku, membaca hati orang sebelah pun anda tidak akan sempat kerana mengawal kaki dengan berhati – hati semasa pendakian dan tidak mahu terlepas sebarang moment indah di atas nanti. Oh ya, paling penting jangan dilupakan ubat – ubatan anda. Pastikan memakai kasut hiking yang betul dan juga pakaian yang selesa ya!

Idea peralatan sebelum mendaki:

5. Berehat

pexels-photo-307008.jpeg

Berehat secukupnya sebelum memulakan pendakian. Ini kerana badan yang letih akan menyebabkan anda tidak bersedia menakluk puncak. 

6. Doa

pexels-photo-88750.jpeg

Sebelum memulakan pendakian, sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar perjalanannya selamat pergi dan pulang. Meminta restu ibu bapa dan minta mereka mendoakan yang baik – baik. 

7. Cuaca

tumblr_static_tumblr_static_8z4syb3qxo0swwgwo4osccsgk_640.jpg

Kalau anda tidak mampu meramal cuaca, maka anda perlu sentiasa melihat ramalan kaji cuaca untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang bakal anda daki. Boleh jadi, jika semalam telah hujan, trail akan menjadi becak dan berlumpur. Jika ini berlaku, anda perlu lebih berhati – hati. 

8. Kasut

pexels-photo.jpg

Kasut merupakan perkara paling utama disaat pendakian. Anda jangan menganggap anda boleh menyarung mana – mana kasut. Awas! Anda mungkin berhadapan dengan perkara genting seperti tergelincir dan sebagainya. Jika anda tidak mampu membeli kasut mahal seperti kasut Asics atau Nike, beli sahajalah kasut sukan biasa. Ini lebih jimat. Pastikan anda bertanya kumpulan rakan sebelum membeli ini kerana khuatir permukaan tapak kasut tidak sesuai digunakan. 

9. Makanan

f773362b924436b4355f545c61314d89--mountain-man-camping-products.jpg

Bawa makanan secukupnya. Ingat, ia bukan makanan kebiasaan yang anda selalu makan di rumah. Tetapi makanan ringan sepanjang anda mendaki seperti coklat untuk menambah tenaga dan air minuman yang mencukupi. Jangan susahkan orang lain ya dengan meminta – minta. 

10. Mental

pexels-photo-371804.jpeg

Mental seorang pendaki harus kuat dan gagah. Anda perlu sentiasa berfikiran positif walau apa pun yang terjadi. Jangan terlalu mahu mengejar waktu sampai ke puncak atau mahu lekas turun. Ini akan meyebabkan mental terganggu dan anda tidak dapat fokus!

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu newbie sebelum memulakan sebarang aktiviti pendakian. Dimanakah lokasi yang menarik yang bole didaki?
Anda juga boleh baca ini :

Leave a Reply