
Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim 1447H/2026M. Pelantikan ini dilakukan untuk memastikan PJH dapat menjadi pengantara yang beroperasi dengan baik serta memberikan jaminan yang meyakinkan kepada para jemaah haji.
Apakah Fungsi Pengelola Jemaah Haji (PJH)?
Pengelola Jemaah Haji (PJH) ialah syarikat pelancongan yang dilantik secara rasmi oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengurus dan menawarkan pakej haji swasta kepada umat Islam di Malaysia. Antara tanggungjawab dan fungsi penting PJH termasuk:
- Menyediakan pakej haji yang sah dan telus – merangkumi urusan penerbangan, penginapan, makan minum, ziarah dan pengangkutan di Makkah serta Madinah.
 - Memberi bimbingan ibadah haji – termasuk kursus dan taklimat sebelum berangkat, serta panduan semasa berada di Tanah Suci.
 - Mengurus dokumen dan visa haji – memastikan semua urusan dokumentasi jemaah diselesaikan mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi dan TH.
 - Menjaga kebajikan jemaah – menyediakan pegawai pengiring dan petugas khas bagi membantu jemaah ketika di lapangan, termasuk hal kesihatan dan kecemasan.
 - Mematuhi piawaian Tabung Haji – memastikan semua operasi, harga dan perkhidmatan menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh TH demi keselamatan dan keselesaan jemaah.
 
Senarai Pengelola Jemaah Haji 1447H/2026M
Berikut adalah senarai rasmi syarikat yang dilantik oleh Tabung Haji bagi musim haji 1447H/2026M:
- AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - ALAM SHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - AMANI TRAVEL SDN BHD
 - ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - AZ SAFIR TRAVEL AND TOURS SDN BHD
 - AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD
 - CS HOLIDAYS SDN BHD
 - EIMAN TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - FELDA TRAVEL SDN BHD
 - GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN BHD
 - HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS SDN BHD
 - IN SAFF TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - IRKAZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - JAD TRAVEL & TOURS ( M ) SDN BHD
 - JAY IBRAHIM TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - KEMBARA UMRAH SDN BHD
 - KRS TRAVEL SDN BHD
 - KUJDT ( TIARA MASS TRAVEL & TOURS SDN BHD )
 - MAHABBATEN TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - MIMM TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - QASHWA TRAVEL SDN BHD
 - RAYHAR TRAVELS SDN BHD
 - REHLAH INTERNATIONAL TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN BHD
 - TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
 - TITIM TRAVEL SDN BHD
 - TRI-D TRAVEL & TOURS SDN BHD
 - WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS SDN BHD
 - ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
 
Sebelum membuat sebarang tempahan, pastikan anda menyemak laman web rasmi tabunghaji.gov.my bagi mengesahkan status syarikat tersebut sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berdaftar.
Tips Elak Penipuan Ketika Tempah Pakej Haji
Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan, berikut ialah beberapa tip penting yang wajib diambil perhatian sebelum anda menempah pakej haji:
- Semak di laman rasmi Tabung Haji – Sebelum membuat sebarang bayaran atau tempahan, pastikan syarikat tersebut benar-benar tersenarai sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen
 - Elakkan tawaran terlalu murah – Jika harga pakej jauh lebih rendah daripada pasaran, berhati-hatilah. Tawaran seperti ini sering menjadi umpan untuk menipu jemaah yang tidak berwaspada.
 - Minta dokumen rasmi dan resit bayaran – Semua urusan tempahan dan pembayaran perlu disertakan dengan dokumen bertulis serta resit rasmi yang dikeluarkan atas nama syarikat.
 - Semak rekod syarikat: Lakukan carian latar belakang – adakah syarikat pernah menerima aduan, mempunyai reputasi baik, sahih dan mempunyai lesen terkini.
 - Hati-hati dengan bayaran luar saluran rasmi: Elakkan melakukan bayaran besar kepada individu atau akaun peribadi yang tidak dikenali. Pastikan bayaran dibuat melalui saluran rasmi atau akaun syarikat.
 - Simpan semua resit dan dokumen penting: Termasuk borang pendaftaran, bukti bayaran, salinan kontrak, resit, dan maklumat syarikat. Ini akan penting jika berlaku tuntutan atau aduan kemudian.
 - Gunakan saluran rasmi untuk aduan: Jika terdapat kebimbangan atau aduan, hubungi TH atau pihak berkuasa berkaitan segera.
 
