Kim Jong Kook Kahwin

Kim Jong kook Kahwin Tak Lama Lagi!

Kim Jong Kook bakal berkahwin tidak lama lagi! Ya berita mengejut ini diumumkan oleh tuan badan sendiri secara live sewaktu penggambaran Running Man.

Kim Jong Kook Girlfriend

kim jong kook wife

Dia mengejutkan bukan sahaja peminat, malah rakan se­pelakon semasa rakaman Running Man! Beliau hanya berhenti sekejap, berkata dengan tenang:

“Saya nak kahwin.”
Siapa dulu ingatkan itu gurauan—tapi itu memang kenyataan.

Dia juga merahsiakan siapa bakal isterinya pada ketika ini.

Surat Tulis Tangan yang Menyentuh Hati

Jong kook juga menulis surat ikhlas pada fan café rasminya. Beliau akui gusar semasa menulis, mengaku pernah bagi petunjuk sebelum ini, dan berterima kasih kepada peminat yang setia sejak 30 tahun lalu. Tahun ini, Jong Kook tidak keluarkan album—sebaliknya, beliau “bina separuh dirinya sendiri”. Majlis pernikahan dijangka kecil dan hanya untuk keluarga dan sahabat rapat.

Awal tahun ini, beliau menimbulkan khabar angin perkahwinan selepas menyebut rumah mewah sewaan Gangnam sebagai “rumah pengantin baru”.

Biodata Kim Jong Kook

Dia dilahirkan pada 25 April 1976 di Hapcheon, Korea Selatan. Dia merupakan penyanyi, pelakon dan personaliti TV terkenal.

  • Debut: Tahun 1995 bersama duo Turbo
  • Kerjaya Solo: Popular dengan lagu balada seperti One Man dan Today More Than Yesterday
  • Populariti Variety Show: Muncul dalam rancangan SBS Running Man dan X-Man
  • Gelaran: Sparta Kook kerana fizikal berotot dan sifat kompetitif

Selamat Pengantin Baharu Sparta!