Keretapi Sarong 2025: Lokasi dan Acara Menarik

Keretapi Sarong 2025: Lokasi dan Acara Menarik

Acara paling dinanti setiap kali tibanya September kini kembali mencuri perhatian! Tahun ini, sambutan Hari Malaysia sekali lagi dimeriahkan dengan vibe paling unik melalui Keretapi Sarong 2025. Bayangkan ratusan peserta bersarong dengan corak batik, songket, dan motif moden—bergerak bersama-sama menaiki tren sambil diiringi muzik tradisional, gelak tawa, dan semangat kebersamaan. Teruskan membaca untuk mengetahui lokasi lokasi tumpuan dan acara menarik sempena Keretapi Sarong 2025 akan datang.

Keretapi Sarong 2025: Lokasi dan Acara Menarik
@locco.my/ Instagram

Apa Itu Keretapi Sarong?

Keretapi Sarong mula diperkenalkan pada tahun 2012 dan kemudiannya diperluaskan oleh oleh LOCCO (Local Community Creative) pada 2017 dengan tujuan meraikan Hari Malaysia secara lebih segar dan inklusif. Diinspirasikan oleh No-Pants Subway Ride dari negara Barat, matlamat acara ini adalah untuk mempromosikan sarong sebagai pakaian tradisional di Malaysia.


Tema Keretapi Sarong 2025

Tema “Serumpun” dipilih untuk Keretapi Sarong 2025 sebagai simbol akar budaya dan ikatan serantau yang menyatukan kita semua. Ia melambangkan sejarah pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang menyatukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai satu bangsa berdaulat dengan warisan budaya yang sama. Lebih istimewa, pemilihan tema ini juga selari dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, menjadikan ia masa paling tepat untuk meraikan semangat Serumpun dan keindahan kepelbagaian yang menyatukan rantau ini.


Lokasi Keretapi Sarong 2025

Keretapi Sarong 2025: Lokasi dan Acara Menarik
@locco.my/Instagram

Seperti tahun-tahun yang lalu, tumpuan utama pastinya terarah ke Kuala Lumpur, di mana ribuan peserta akan berkumpul di stesen-stesen LRT, MRT dan KTM utama seperti KL Sentral, Putrajaya Sentral, dan Gombak sebelum bergerak beramai-ramai ke lokasi rahsia yang akan diumukan pada hari kejadian.

Selain Kuala Lumpur, Keretapi Sarong 2025 turut diraikan di beberapa bandar besar lain di seluruh Malaysia, termasuk:

  • George Town, Penang
  • Sungai Petani, Kedah
  • Ipoh, Perak
  • Pasir Mas, Kelantan
  • Kuantan, Pahang
  • Johor Bahru, Johor
  • Bandar Melaka, Melaka

Lebih menarik lagi, Keretapi Sarong kini merentasi sempadan negara. Tahun ini, komuniti rakyat Malaysia di kota-kota antarabangsa seperti London, Paris dan Munich turut menyertai, sekali gus membawa semangat Hari Malaysia ke persada dunia.


Acara Menarik Yang Bakal Menghiburkan Anda

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan pada Keretapi Sarong tahun ini:

  • Persembahan dan Gimik
  • Perarakan Fesyen Sarong
  • Food Fiesta
  • Lucky Draw
  • Acara Tarian dan Joget Lambak

Tips OOTD Sarong

Jika anda plan untuk sertai acara tahun ini, berikut beberapa inspirasi outfit sarong yang anda boleh cuba untuk ke Keretapi Sarong 2025:

Tips OOTD Sarong
Tips OOTD Sarong

Pro-tip: Lengkapkan look anda dengan tote bag, sunglasses dan aksesori.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk turut serta—sarungkan pakaian sarong tercantik anda. Jumpa anda di sana !