Mesra Poket, Bermakna & Praktikal
Sudah masuk musim kenduri kahwin kawan-kawan,keluarga dan sahabat terdekat. Tetapi binggung ingin memberi apa sebagai hadiah kahwin tambahan pula dengan bajet yang ketat? Bajet ketat bukan penghalang untuk memberikan hadiah perkahwinan yang bermakna dan berkesan. Berikut adalah beberapa idea hadiah yang sesuai untuk meraikan pasangan baru, tanpa memecahkan tabung simpanan anda.
Bonus tips: Sekarang berlansung jualan Black Friday 2024 Malaysia di Zalora, diskaun 80% bagi barangan elektrik!
1. Set Pinggan Mangkuk Elegan
Walaupun nampak biasa, set pinggan mangkuk dengan rekaan moden atau klasik sangat berguna seperti set pinggan mangkuk opal dari Dessini ini. Pasangan pengantin baru pasti memerlukan barang asas ini untuk rumah baru mereka.
2. Set Cawan Teh Eksklusif
Untuk pasangan yang menghargai masa santai, hadiahkan set teh atau kopi premium berserta mug dan cawan yang comel.
Baca Juga : Checklist Sebelum Kahwin
3. Set Peralatan Memasak
Set peralatan memasak amatlah berguna sepeti set pisau, setperiuk kecil, pembakar roti, atau alat dapur mudah alih menjadi hadiah praktikal, terutamanya untuk pasangan yang gemar memasak.
4. Set Towel
Set towel juga merupakan idea hadiah kahwin yang bijak dan praktikal. Anda boleh membeli set towel yang hadir dalam pelbagai saiz.
Anda juga mungkin mencari : Outfit Baju Kenduri Kahwin
5. Set Cadar
Ini merupakan hadiah kahwin yang wajib anda beli iaitu set cadar dan tilam! Terdapat pelbagai pilihan dari segi saiz, warna dan corak boleh di dapati di koleksi Zalora barangan rumah.
Dengan sedikit kreativiti dan perancangan, anda boleh memilih hadiah kahwin yang bermakna dan sesuai dengan bajet anda. Dapatkan semua barangan rumah di atas dengan harga yang terendah di Zalora Sale Malaysia!
Jangan lupa untuk membalut hadiah dengan kemas supaya ia tampak lebih istimewa! 🎁