Persiapan hantaran untuk lelaki sering buat bakal pengantin perempuan pening kepala nak bagi ikut adat, tapi nak juga yang praktikal dan cantik. Tak perlu risau! Dalam blog ini, kami senaraikan pelbagai idea barang hantaran lelaki yang sesuai untuk majlis pertunangan atau perkahwinan, mengikut trend semasa dan keperluan sebenar paling penting mesra bajet!
1. Barangan Ibadah

Simbolik kepada permulaan hidup baru yang berkat dan berlandaskan agama.
- Sejadah eksklusif
- Al-Quran dengan terjemahan
- Tasbih moden atau digital
- Buku doa harian
2. Pakaian & Aksesori Lelaki

Pakaian lelaki atau aksesori paling senang kerana sememangnya akan dipakai dalam kehidupan harian. Contohnya seperti:
- Baju Melayu lengkap
- Kemeja formal
- Kasut Sneakers lelaki
- Kasut kulit atau loafers
3. Aksesori Peribadi

- Jam tangan berjenama seperti Jam Casio
- Cermin mata hitam / spek mata
- Dompet kulit
4. Barangan Penjagaan Diri

Trend lelaki sekarang lebih jaga penampilan diri — why not?
- Perfume Lelaki
- Set penjagaan wajah lelaki
- Beard grooming kit (jika berjanggut)
5. Gajet & Teknologi
Jika anda mempunyai bajet yang lebih, gajet merupakan idea barang hantaran lelaki yang spesial!
- Earbuds / headphone
- Smartwatch lelaki
- Powerbank atau aksesori telefon
6. Manisan & Makanan
Wajib ada satu dulang makanan manis sebagai simbol manisnya hubungan!
- Kek atau brownies homemade
- Coklat premium
- Buah-buahan segar atau kurma
Tips Hiasan Hantaran
- Gunakan dulang bertema moden seperti dulang cermin atau rustic tray.
- Tambahkan elemen bunga kering, foliage atau reben minimal.
- Label setiap hantaran dengan kad kecil untuk lebih kemas dan teratur.

Tak kisah tradisional atau moden, yang penting barang hantaran lelaki melambangkan kasih sayang dan kesungguhan dalam memulakan fasa baru hidup bersama. Pilih ikut bajet anda dan keperluan barulah tak membazir dan lebih bermakna! Jika anda tetapi confius, mungkin hidden hantaran boleh menjadi solusi anda. Bukan sahaja mudah tetapi juga jimat!
Tips untuk berkahwin apa lagi yang anda ingin tahu?
Cari kelengkapan kahwin di Zalora bridal koleksi!