“Ibu, Ibu engkaulah ratu hatiku”. Setiap tahun seluruh dunia menyambut Hari Ibu termasuk Malaysia. Tahun ini, Hari Ibu jatuh pada 11 Mei 2025. Hari Ibu adalah hari istimewa yang diraikan di seluruh dunia untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu. Ianya juga merupakan hari yang istimewa untuk meraikan ibu yang melahirkan dan juga mendidik tanpa mengerti penat lelah dan putus asa. Selamat hari ibu!

Ibu bukan sahaja bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan anak-anak, tetapi juga memainkan peranan penting sebagai sumber kasih sayang utama dalam keluarga. Hari Ibu ini menjadi peluang untuk anak-anak dan ahli keluarga menunjukkan rasa terima kasih, kasih sayang, dan penghargaan kepada ibu atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.
Sejarah Ringkas Hari Ibu
Selama kita menyambut Hari Ibu ini, pernah tak anda terfikir macam mana Hari Ibu ini boleh tercipta ? Hari Ibu bermula sekitar tahun 1908 di West Virginia, Amerika Syarikat, apabila seorang wanita bernama Anna Jarvis mengadakan upacara penghormatan kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Beliau memperjuangkan idea ini sehingga ia diiktiraf sebagai hari kebangsaan pada tahun 1914. Di Malaysia, sambutan Hari Ibu biasanya jatuh pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Tapi sebenarnya, setiap hari adalah hari untuk menghargai ibu. Cuma this special day beri peluang untuk kita luangkan masa dan buat ibu rasa benar-benar istimewa.
Jadi kenapa tidak gunakan hari istimewa ini untuk buat sesuatu yang lebih dekat di hati. Tak perlu bajet besar, yang penting effort yang anda lakukan untuk meraikan ibu anda. Jom kita tengok idea unik dan menarik untuk kita sambut Hari Ibu.
7 Cara Unik Untuk Sambut Hari Ibu
Kalau anda nak sambut Hari Ibu dengan cara yang lain dari biasa, jom cuba 7 idea ni yang boleh dilakukan dengan mudah, kreatif dan paling penting memorable.
1. Masak makanan favourite ibu
Selalunya, ibu yang akan berada di dapur dan sediakan makanan buat keluarga, jadi pada Hari Ibu anda pula yang masakkan untuk ibu. Masakkan makanan kegemaran ibu dan hidangkan di meja makan. Letakkan sedikit deko di meja makan seperti bunga segar kegemaran ibu untuk nampakkan hari ini lebih istimewa. Ajak ayah dan adik beradik lain untuk sama sama terlibat baru meriah ! Ibu pasti akan terharu bila dapat sambutan macamni.
2. Spa Day di Rumah

Tak perlu pergi ke spa, kita DIY je ! Cipta suasana spa di ruang tamu atau bilik mandi. Sediakan lilin aromaterapi, minyak urut, masker muka, dan tuala lembut. Anak-anak boleh membantu memanjakan ibu dengan urutan ringan atau rendaman kaki. Dengan cara ini, ibu dapat menenangkan diri dan merehatkan badan setelah penat bekerja. Nak lebih extra, anda boleh buatkan mani pedi untuk ibu, ibu mesti lagi happy dapat memanjakan diri di rumah.
3. Rakam Video Ucapan
Kumpulkan video ucapan daripada ahli keluarga dan rakamkan ucapan penghargaan kepada ibu anda. Gabungkan semua video menjadi satu montaj dan tayangkan di ruang tamu. Pasang projektor atau tayangkan video di TV besar untuk pengalaman yang lebih bermakna.
Antara ucapan Hari Ibu yang sweet:
- ” Selamat Hari Ibu, ratu hatiku. Terima kasih untuk segala kasih sayang dan pengorbanan yang ibu berikan. Ibuku hanya satu dan kasihmu tiada gantinya”
- “Terima kasih, ibu, kerana sentiasa menjadi cahaya dalam hidup kami. Semoga ibu sentiasa diberi kebahagiaan, kesihatan, dan ketenangan. Kami sayang ibu selamanya.”
- “Ibu adalah anugerah terindah dalam hidup kami. Semoga ibu sentiasa dikelilingi kasih sayang, kesihatan yang baik, dan kegembiraan yang berpanjangan. Kami amat menghargai setiap detik bersamamu.”
4. Picnic Outdoor

Rancang picnic dengan memilih lokasi yang sesuai seperti taman rekreasi, tepi tasik, pantai, atau mana mana tempat kegemaran ibu. Sediakan tikar atau alas duduk yang selesa, bantal kecil, dan payung untuk perlindungan dari matahari. Bawa makanan yang mudah dimakan seperti sandwich, buah-buahan segar, kek, dan minuman sejuk. Anda juga boleh menyediakan makanan dari rumah . Jangan lupa untuk bawa kamera dan rakam momen indah picnic anda bersama ibu.
5. Attend Kelas yang Fun
Nak kan kelainan untuk spend masa bersama ibu pada hari istimewa ini? Ajak ibu anda ke kelas kelas menarik seperti kelas membuat perfume atau kelas menggubah bunga. Aktiviti ini sangat fun untuk dilakukan bersama ibu anda kerana dapat pengalaman baharu dan dapat meluangkan masa bersama ibu. Tak ramai yang lakukan aktiviti ini jadi ciptakan kelainan dan raikan ibu anda dengan cara yang lebih extra.
6. Celebration di Rumah

Plan satu party kecil di rumah untuk raikan ibu anda. Ajak ahli keluarga untuk sama sama rancang dan jayakan plan ini. Hiaskan ruang tamu atau ruang makan rumah anda dengan dekorasi yang cantik seperti belon dan banner. Sediakan makanan kegemaran ibu, serta kek istimewa untuk potong bersama. Sebelum mulakan majlis, adakan sesi berdoa untuk memohon kesejahteraan ibu. Nakkan suasana yang lebih meriah buatkan kejutan hadiah kepada ibu anda. Berikan hadiah yang tak disangka seperti bag branded kegemaran ibu ataupun perkakas dapur idaman. Confirm, ibu anda akan terharu dan sangat happy.
7. Lakukan Aktiviti Amal
Lakukan sumbangan atau kerja amal atas nama ibu, sama ada secara individu atau bersama keluarga contohnya, anda boleh menderma kepada rumah anak yatim. Anda boleh lakukan aktiviti ini secara individu ataupun bersama ibu. Dengan melibatkan ibu secara langsung, anda bukan sahaja menggembirakan hati ibu, tetapi juga menyebarkan kebaikan dan inspirasi kepada orang lain. Ini adalah cara sambutan Hari Ibu yang bukan sahaja unik, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat dan membina kenangan indah bersama ibu.
Hari Ibu hanyalah satu simbolik. Sambut Hari Ibu dengan cara yang paling sesuai dengan ibu anda. Apa yang penting, biar sambutan itu ikhlas dari hati, bukan hanya sekadar ikut trend.
Kami di ZALORA Blog Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu di Malaysia🌷