Zerose Malaysia, this is NOT a drill! ZEROBASEONE (ZB1) akhirnya sah akan turun ke Malaysia untuk 2025 ZEROBASEONE World Tour November ini. Tour mereka akan singgah ke beberapa negara Asia bermula di Seoul dan berakhir di Hong Kong pada Disember. Jadi kalau anda dah lama tunggu nak scream “In Bloom” live depan mata, inilah masanya untuk all out dengan lightstick dan fan chant!
ZEROBASEONE, Kumpulan Rookie Top Carta K-Pop!

ZEROBASEONE atau ZB1 ialah kumpulan K-pop lelaki yang dibentuk menerusi program survival terkenal Boys Planet. Debut pada 10 Julai 2023, mereka muncul dengan album ‘Youth in the Shade’ yang terus meledak dengan jualan lebih 1 juta unit hanya dalam masa beberapa hari. Lagu debut mereka “In Bloom” menjadi anthem peminat K-pop seluruh dunia, menjadikan ZB1 salah satu rookie paling berjaya dalam sejarah.
Selepas kejayaan debut, mereka kembali dengan album ‘Melting Point’ pada akhir 2023 yang juga mencatatkan jualan luar biasa. Sekarang, mereka sedang bersiap untuk projek terbaru yang bakal diumumkan sempena world tour ini – jadi peminat boleh expect comeback terbaru dan stage yang lebih power semasa konsert nanti.
Konsert ZEROBASEONE Malaysia: Tarikh, Lokasi & Tiket

Konsert ini bakal menjadi momen bersejarah untuk peminat kerana inilah kali pertama ZB1 akan beraksi di depan peminat Malaysia secara live! Berikut merupakan details Konsert ZEROBASEONE di Malaysia setakat ini:
- Tarikh: 8 November 2025
- Lokasi: Idea Live Arena, Kuala Lumpur
- Jualan dan Harga Tiket: Akan diumumkan
Stay tuned dan follow official account zbf1 di Instagram dan Twitter untuk ketahui info dan pengumuman terbaru tentang jualan tiket dan fans benefit. Update terbaru dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.
Apa Yang Boleh Peminat Expect Dari Konsert ZEROBASEONE Malaysia?
Konsert ZEROBASEONE world tour ini dijangka penuh warna dan elemen youth dream seperti dalam MV mereka. Peminat boleh expect:
- Setlist Padu – Dari “In Bloom”, “Say My Name”, hingga lagu-lagu baru yang belum pernah didengar live.
- Visual & Stage Effects Power – Hologram, LED screen gergasi & konsep “Garden of Youth” yang immersive.
- Fan Interaction – ZB1 terkenal dengan fan service mereka. Siap sedia untuk moment spontan, selca wave & ucapan sweet yang buat Zerose cair.
- Merchandise Official – Lightstick, photocard exclusive tour & banyak lagi!
Jangan lepaskan peluang menyaksikan ZEROBASEONE live depan mata – sebab inilah pengalaman once-in-a-lifetime yang bakal jadi memori paling manis untuk anda.
So, get ready Zeroses, pastikan anda jadi antara yang pertama secure seat untuk konsert ZB1 World Tour November ini. Jumpa anda di sana !