Met Gala 2023, antara acara berprestij yang paling ditunggu-tunggu dalam dunia fesyen dan hiburan. Pada acara inilah segala kreativiti dicurahkan dalam perekaan busana yang akan diperagakan oleh bintang-bintang dunia pada karpet merah sememangnya mencuri perhatian! Pada tahun ini, Met Gala 2023 memberi penghormatan kepada legasi unggul fesyen di dunia iaitu, Karl Lagerfeld, jadi tidak hairan mengapa ramai selebriti datang memperagakan busana yang menarik untuk memberi penghormatan kepada nama besar tersebut. Jadi tanpa melengah masa, mari kita lihat top busana di Met Gala 2023 sebagai “Best Dressed” pilihan kami di Thread By Zalora.
Dua Lipa
Sosok tubuh penyanyi ini berjaya mencuri perhatian ramai pada malam tersebut apabila tampil dengan mengenakan gaun Chanel 1992 yang dikenali sebagai “1992 Full Bride Dress Chanel by Karl”. Penampilannya juga ditambah dengan aksesori dari Tiffany & Co. yang bernilai sehingga 10 Juta dollar! Penampilan Dua Lipa di Met Gala 2023 sememangnya “glamour” dan sesuai digelar “mother of fashion” pada malam itu.
Anne Hathaway
Aktor wanita, Anne Hathaway tidak pernah mengecewakan dengan penampilannya di karpet merah. Dengan kecantikannya yang tiada tandingan ditambah pula dengan busana oleh Versace yang dipakai pada malam itu sememangnya ikonik! Gaun yang menunjukkan bentuk badannya yang langsing dan diperbuat menggunakan signature Karl iaitu dengan fabrik jenis tweed ditambah dengan aksesori dari Bulgari sememangnya 10/10!
Michelle Yeoh
Pelakon tanah air yang berjaya merangkul anugerah Oscar baru-baru ini, turut hadir memeriahkan malam berprestij Met Gala dengan gaya classynya. Pelakon Everything Everywhere At All Once itu tampil dengan mengenakan gaun dengan gaya tuxedo oleh Karl Lagerfeld dan dihiasi dengan aksesori yang gah! Penampilan Dato Michelle Yeoh ini sememangnya patut dipuji kerana terlihat simple tetapi elegant!
Jared Leto
Pelakon lelaki dari Amerika itu tampil mengejutkan banyak pihak apabila datang ke karpet merah dengan memakai kustom kucing gergasi. Menurut perekanya, Jared Leto ingin memberi tribute penghargaan kepada kucing Karl Lagerfeld,Choupette. Penampilan Jared Leto pada malam itu sememangnya mengejutkan tetapi sangat unik dan comel!
Terdapat juga barisan nama-nama terkenal yang datang dengan busana yang sememangnya cantik dan menawan seperti Rihanna, Billie Eilish, Jennie Blackpink dan banyak lagi. Berikut merupakan pilihan kami bagi “Best-Dressed” di Met Gala 2023. Sila kongsikan dengan kami siapakah “Best- Dressed” menurut anda di bawah.