artis korea lelaki

Top Artis Lelaki Korea dengan Bayaran Tertinggi

Industri hiburan Korea memang tidak dapat lagi disangkal popularitinya, bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Dengan populariti sebegitu tidak hairan jika bayaran yang ditawarkan kepada para selebriti sangat lumayan. Artis lelaki Korea khususnya kini menerima bayaran yang sangat tinggi sehingga mencecah jutaan ringgit hanya untuk satu episod drama! Siapa agaknya yang berada dalam senarai pelakon Korea lelaki paling mahal dibayar sekarang?

Kalau anda peminat K-drama, jom semak siapa ‘Oppa’ yang bukan saja kacak, tapi juga sangat kaya raya!

1. Kim Soo Hyun

Bayaran: ₩500 juta (± RM1.75 juta) per episod
Pelakon utama Queen of Tears, It’s Okay to Not Be Okay dan One Ordinary Day ini memang dah lama dikenali sebagai aktor berprofil tinggi di Korea. Namun, skandal Kim Soo Hyun baru-baru ini mungkin akan mempengaruhi kadarnya di masa hadapan.

2. Song Joong Ki

Song Joong Ki
@gettyimages

Bayaran: ₩300 juta (± RM1.05 juta) per episod
Mula meletup dengan Descendants of the Sun, popularitinya kekal tinggi hingga kini. Antara artis Korea lelaki terawal yang menjadi kegilaan ramai.

3. Hyun Bin

 Hyun Bin
@gettyimages

Bayaran: ₩300 juta (± RM1.05 juta) per episod
Bintang Crash Landing on You ini bukan saja ada wajah maskulin serius dan romantik, tapi juga dompet tebal! Sangat husband material!

4. Lee Jong Suk

Lee Jong Suk artis lelaki korea
@gettyimages

Bayaran: ₩300 juta (± RM1.05 juta) per episod
Dengan lakonan mantap dan gaya elegan, Lee Jong Suk memang jadi kegemaran ramai.

5. Cha Eun-woo

Cha Eun-woo
@gettyimages

Bayaran: ₩300 juta (± RM 25,900) per episod
Artis Korea tertampan ini juga termasuk dalam kategori artis lelaki korea yang dibayar dengan harga yang mahal.

6. Lee Min Ho

Lee Min Ho
@gettyimages

Bayaran: ₩200 juta (± RM700,000) per episod
‘Legend’ dalam dunia K-drama. Dari Boys Over Flowers sampai ke The King: Eternal Monarch, Lee Min Ho tetap relevan hingga hari ini.

7. Ji Chang Wook

Ji Chang Wook
@gettyimages

Bayaran: ₩100 juta (± RM350,000) per episod
Kerap muncul dalam drama aksi romantik, Ji Chang Wook kekal popular dengan ramai peminat wanita. Lakonanya dengan reaksi matanya selalu menambat hati wanita.

8. Gong Yoo

artis korea lelaki handsome  Gong Yoo
@gettyimages

Bayaran: ₩70 juta (± RM245,000) per episod
Walaupun jarang berlakon drama, satu projek pun cukup untuk buktikan kemampuannya. Ingat Goblin, kan?

9. Park Seo Joon

Park Seo Joon
@gettyimages

Bayaran: ₩60 juta (± RM210,000) per episod
Bintang Itaewon Class ini makin melonjak naik dan kini juga melebarkan sayap ke Hollywood.

Pelakon-pelakon lelaki Korea ini bukan saja berbakat dan berkarisma, tapi juga berjaya menjadikan dunia lakonan sebagai sumber kekayaan luar biasa. Tak hairanlah jika mereka mampu memiliki jenama mewah, hartanah eksklusif dan gaya hidup yang diidamkan ramai.

Peminat K-drama pastinya bangga dan terus menyokong pelakon kegemaran masing-masing dan siapa tahu, mungkin pelakon baru yang lebih ‘meletup’ bakal muncul dalam senarai ini tak lama lagi!