
Penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip bakal menggegarkan pentas muzik tanah air dengan konsert solo berjudul “Di Sebalik Aku” pada 1 November 2025, di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Selepas sekian lama menyepi, juara Akademi Fantasia Musim ke-7 ini akhirnya kembali dengan satu persembahan istimewa yang pastinya dinantikan.
Butiran Penting Konsert Solo Hafiz Suip
Tiket bagi konsert ini telah mula dijual dan boleh didapati secara dalam talian menerusi platform rasmi ticketmelon.com. Harga tiket bermula daripada RM188 untuk kategori umum dan mencecah sehingga RM788 untuk kategori VIP yang menawarkan lokasi tempat duduk terbaik, laluan masuk khas, serta cenderahati eksklusif konsert. Terdapat beberapa pilihan tempat duduk lain termasuk Premium, Gold dan Silver, bagi memenuhi keperluan dan bajet berbeza peminat.
Kisah Di Sebalik Konsert Solo Hafiz Suip “Di Sebalik Aku”
“Di Sebalik Aku” bukan sekadar konsert biasa. Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk penceritaan yang membawa penonton menyelami perjalanan Hafiz — dari detik kegemilangan karier muziknya, sehinggalah ke fasa kebangkitan dirinya daripada cabaran hidup yang dilalui.
Konsert ini dijangka membawa penonton merentasi babak-babak penting dalam hidup dan kerjaya Hafiz menerusi susunan lagu yang menyentuh emosi dan visual pentas yang direka khusus untuk mencerminkan kisah sebenar “di sebalik” seorang Hafiz Suip.
Menurut penganjur konsert, SAH Entertainment dalam satu sesi temu bual baru-baru ini, konsert ini adalah luahan jiwa hafiz. Ianya juga satu bentuk penghargaan kepada peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepadanya.
Jangan Lepaskan Peluang Ini! Bagi peminat tegar mahupun mereka yang ingin mengenali sisi Hafiz yang mendalam, konsert ini wajib disaksikan. Ia adalah malam yang dijangka menyentuh hati, membangkitkan nostalgia yang penuh keikhlasan dan magis.