Konsert Monsta X Malaysia 2026

MONBEBE Malaysia, Konsert Monsta X yang dinanti akhirnya tiba ! Selepas sekian lama menunggu, MONSTA X secara rasmi akan kembali ke Kuala Lumpur menerusi MONSTA X World Tour: The X: Nexus pada tahun 2026, sekaligus menjadikannya antara konsert K-Pop paling hangat tahun ini. Lebih mengujakan, konsert ini pasti menjanjikan malam penuh energi dengan persembahan bertenaga yang pasti buat peminat menyanyi sama-sama dari awal sampai akhir.

Monsta X
@official_monsta_x/Instagram

Details Konsert MONSTA X Malaysia 2026

Untuk semua MONBEBE Malaysia, ini details konsert yang rasmi setakat ini:

  • Nama Jelajah: MONSTA X World Tour: The X: Nexus
  • Tarikh: 28 Mac 2026
  • Hari: Sabtu
  • Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
  • Penganjur: MXE Entertainment & T-Rex Studio

Selain Kuala Lumpur, Monsta X juga akan membawakan jelajah dunia mereka ke beberapa negara Asia seperti Bangkok, Hong Kong, Taipei, Jakarta dan Macau.

MONSTA X World Tour: The X: Nexus in Kuala Lumpur
@mxe.entertainment/Instagram

Info Tiket Monsta X World Tour in KL 2026

Setakat ini, butiran harga tiket, kategori tempat duduk dan tarikh jualan masih belum diumumkan. Namun, peminat dinasihatkan untuk bersedia awal dan follow akaun sosial media penganjur rasmi untuk sebarang update.


Kalau anda memang peminat MONSTA X, inilah masa terbaik untuk lihat bias anda—sama ada Shownu, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney, atau I.M—beraksi secara live di depan mata. Untuk info lanjut termasuk butiran tiket konsert, harga, dan cara pembelian, teruskan membaca di ZALORA Blog Malaysia.

Bersedia, MONBEBE. Monsta X is coming !

Leave a Reply