Hai,peminat Barbie ini masanya untuk anda menyerlah kerana “Barbie doll “ akan live ke dunia nyata bulan ini!!! Filem Barbie merupakan antara filem tahun ini yang paling dinanti-natikan dalam kalangan peminat tegar anak patung Barbie. Hampir kesemua perempuan pasti memiliki koleksi patung barbie sejak kecil lagi bahkan mungkin hingga ke saat ini anda mempunyai patung barbie! Jangan lepaskan peluang untuk menonton Filem Barbie pada minggu ini!
Oleh itu, bagi membangkitkan aura Barbie yang akan dibintangi oleh Margot Robbie dan juga Ryan Gosling, apa kata anda juga menggunakan masa ini untuk mengenakan outfit seperti Barbie! Ini dia idea outfit Barbie serba pink yang boleh anda cuba.
Gaun Merah Jambu Barbie
Warna pink atau merah jambu sememangnya sinonim dengan imej “Barbie Doll”. Sesuai dengan karakter Barbie anda mengenakan “Pink dress” bagi memberi aura feminin, anggun dan juga comel. Trend memakai serba Pink juga menjadi trend awal tahun ini yang digelar sebagai “Barbiecore”. Jadi jangan malu untuk tampil serba pink dari atas hingga ke bawah!
Aksesori
Jika outfit anda sudah pun “on-point”, maka pemilihan aksesori juga adalah perkara wajib!Anda boleh memakai perhiasan -perhiasan seperti rantai, beg tangan, kasut dan banyak lagi untuk menghidupkan karakter Barbie versi anda! Anda juga meniru kembali gaya barbie kegemaran anda. Ingat tidak limit untuk kreativiti dan fesyen musim ini!
Makeup
Bahagian yang paling penting untuk menghidupan aura Barbie yang anggun dan comel ialah dengan sedikit makeover. Fokuskan kepada riasan dengan tema soft pink glamour akan terlihat seperti Barbie yang ikonik. Anda juga boleh menambahkan bulu mata palsu! Tata rias rambut anda dengan hair styling tools untuk membuat sedikit wavy pada rambut anda, Dan anda sudah siap seperti seorang Barbie. Dibawah juga sedikit tutorial makeup gaya Barbie yang boleh anda pelajari.
Akhir sekali, jangan lupa untuk berseronok dan menggunakan segala kreativiti anda sempena Filem Barbie ini. Anda juga boleh melihat koleksi Barbie yang tersedia di ZALORA MALAYSIA disini
Sila kongsikan dengan kami Barbie kegemaran anda di bawah!