Nama Choi Hyun Wook semakin melonjak dalam dunia hiburan Korea Selatan, terutamanya dalam kalangan peminat K-Drama. Dengan wajah yang tampan, gaya bersahaja, serta lakonan yang semakin matang, artis muda ini berjaya mencuri perhatian dalam pelbagai drama popular sejak debutnya.
Antara Drama Popular Choi Hyun Wook

Twenty-Five, Twenty-One (2022)

Dalam drama ini, Choi Hyun Wook membawa watak Moon Ji Woong, seorang pelajar sekolah menengah yang bergaya dan ceria. Karakternya memberikan keseimbangan emosi dan humor dalam cerita yang menyentuh isu persahabatan dan impian zaman remaja.
Weak Hero Class 1 (2022)

Menerusi drama aksi ini, Choi Hyun Wook memegang watak Ahn Su Ho, pelajar yang berani dan setia kawan. Drama ini memperlihatkan sisi lakonannya yang lebih serius dan emosional, serta berjaya mengukuhkan lagi kredibiliti beliau sebagai pelakon berbakat besar. Weak Hero juga bakal keluar season 2 tidak lama lagi!
High Cookie (2023)

Sebuah drama misteri dan psikologi yang mengisahkan pelajar yang mendapat kuasa ghaib melalui biskut misteri. Watak Hyun Wook di sini memberikan cabaran baru dari segi watak yang lebih kompleks dan โdarkโ.
Twinkling Watermelon (2023)

Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai remaja yang terperangkap antara masa, muzik, dan hubungan keluarga. Ia memperlihatkan sisi lembut dan penuh emosi dalam lakonannya.

Artis muda ini bukan sekadar wajah kacak di skrin. Beliau semakin dikenali sebagai pelakon yang komited, dengan kebolehan untuk menjiwai pelbagai jenis watak daripada pelajar sekolah yang bersemangat, kepada individu yang bergelut dengan trauma atau kekeliruan.
Karisma semula jadi dan gaya lakonan yang realistik menjadikan beliau antara aktor muda Korea yang paling dinanti-nantikan projeknya.
Bagi peminat drama Korea yang mengikuti perkembangan pelakon muda, Choi Hyun Wook adalah nama yang wajib diberi perhatian. Sama ada anda minat drama remaja, aksi atau misteri, lakonannya pasti akan meninggalkan kesan. Jangan lupa nantikan projek terbaru beliau dalam dunia K-Drama!