2NE1 Comeback-Global Tour Malaysia

Kumpulan k-pop legend 2NE1, ini bakal mengadakan konsert reunion di Malaysia tidak lama lagi!

“Come back home, baby come back home~~”

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita satu kumpulan wanita k-pop bakal kembali dengan konsert jelajahnya buat pertama kali setelah dibubarkan lapan tahun dahulu. Berita ini telah disahkan sendiri dari pihak agensi 2NE1, YG Entertainment. Konsert dijangka bakal bermula oktober ini! Jadi adakah anda semua bersedia, kerana kami sudah!!!!

Kumpulan 2NE1 ini dianggotai oleh 4 orang wanita yang sangat cantik dan berbakat iaitu CL, Park Bom, Minzi dan juga Sandara Park. Sebelum wujudnya fenomena Blackpink, New Jeans, 2NE1 adalah pemula bagi gelombang dunia k-pop yang menjadi semakin popular hingga kini. Rata- rata yang membesar dengan lagu 2NE1 ini juga 30-an bukan? Seluruh warganet sudah bersedia dan mula mengimbau kembali zaman k-pop pada usia itu.

Kumpulan ikonik ini bakal memulakan jelajah konsertnya di negara Seoul Korea, Osaka Jepun dan ke Tokyo tahun ini sebelum meneruskannya pada tahun 2025.

Jadi, Blackjack Malaysia siapkan diri anda kerana ini bakal menjadi “Concert of the year!”. Cari inspirasi baju-baju untuk ke konsert 2NE1 di Zalora Malaysia! Dari jaket kulit hitam ke kasut boots seperti 2NE1 semuanya di hujung jari anda!