Islam mengajar kita untuk memulakan perjalanan dengan mengingati Allah, memohon keselamatan, dan bersyukur atas kemudahan kenderaan. Artikel ini menghimpunkan doa naik kenderaan , maksudnya, serta adab dan amalan bagi memohon berkat perjalanan.

Doa Naik Kenderaan Beserta Maksudnya
(Surah Az-Zukhruf 43:13–14)
سُبْحَنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبَّنَا لَمُنقَلِبُونَ
Rumi:
Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun
Maksud:
Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.
Doa Perlindungan Dari bahaya
Selain doa naik kenderaan, Islam juga menganjurkan doa ketika keluar bermusafir. Berikut ialah doa perlindungan dari bahaya (dibaca selepas doa naik kenderaan):
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Rumi:
Bismillahillazi laa yadhurru maa’smihi syai-un fil-ardhi walaa fissamaa-i wahuwassamii-ul a’liim
Maksud:
Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memberi mudarat di bumi dan di langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Adab Perjalanan untuk Memohon Berkat
Selain dari berdoa, kita juga perlu menjaga adab ketika berada dalam perjalanan, antaranya ialah:
- Niat yang baik: Elakkan tujuan maksiat; niatkan mencari rezeki halal, menuntut ilmu, menziarahi keluarga, atau urusan yang baik.
- Jaga solat: Rancang waktu perjalanan agar solat tidak ditinggalkan. Jika musafir, pelajari rukhsah seperti jamak dan qasar (mengikut syarat).
- Utamakan keselamatan:
- Patuhi had laju dan peraturan jalan raya
- Jangan memandu ketika mengantuk
- Pakai tali pinggang keledar / helmet
- Elakkan guna telefon ketika memandu
- Berbuat baik kepada orang: Sabar di jalan, elakkan marah, hon berlebihan, atau membahayakan pengguna lain—ini juga sebahagian akhlak yang membawa keberkatan.
Jadikan doa ini rutin sebelum memulakan perjalanan, insya-Allah perjalanan lebih tenang, lebih terjaga, dan lebih berkat.
