Doa Khatam Quran Ringkas

Di bulan ramadan ini pasti ada yang menghafaz Al- Quran sehingga 30 juzuk. Jika anda berjaya menghabiskan Al-quran sepanjang bulan ini tahniah, bagi yang tidak berkesempatan jangan risau anda boleh mencuba di bulan ramadan akan datang. Berikut adalah doa khatam al-Quran yang ringkas, sesuai dibaca setelah selesai membaca 30 juzuk al-Quran:​

Teks Arab:

اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآنِ، وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُورًا وَهُدًى وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا، وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ، وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.​

Doa khatam al-Quran Rumi:

Allāhumma arhamnā bil-Qur’ān, waj‘alhu lanā imāman wa nūran wa hudan wa rahmatan. Allāhumma dhakkirnā minhu mā nussīnā, wa ‘allimnā minhu mā jahilnā, warzuqnā tilāwatahu ānā’al-laili wa aṭrāfan-nahār, waj‘alhu lanā ḥujjatan yā Rabbal-‘ālamīn.​

Maksud:

“Ya Allah, rahmatilah kami dengan al-Quran, jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk, dan rahmat bagi kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa daripadanya, ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu mengenainya, dan kurniakanlah kami rezeki untuk membacanya pada waktu malam dan siang, serta jadikanlah ia hujah bagi kami, wahai Tuhan sekalian alam.”

doa taubat

Membaca doa ini selepas mengkhatamkan al-Quran adalah amalan yang disarankan, kerana waktu tersebut merupakan antara saat mustajab untuk berdoa. ​Jadi berdoalah mengikut hajat yang diingini kerana Tuhan itu maha mendengar. Jika anda buntu ingin membaca doa apa, lihat doa mustajab di malam lailatul qadar sebagai panduan.

Semoga doa ini membantu memperkukuhkan hubungan kita dengan al-Quran dan meningkatkan keberkatan dalam kehidupan seharian.