Ketika ini cuaca di Malaysia tidak boleh dijangka, pada sebelah pagi panas namun hujan di petang hari. Tahukah anda, di sebalik cuaca hujan yang sering melanda di Malaysia merupakan satu peluang keemasan? Apabila hujan lebat melanda, umat Islam digalakkan untuk berdoa memohon perlindungan dan keselamatan daripada bahaya yang mungkin datang bersama hujan. Hujan dianggap sebagai salah satu rahmat dari Allah, dan ketika hujan turun, ia adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.
Bacaan Doa Ketika Hujan Lebat
Berikut adalah doa semasa hujan yang sering diamalkan:
“Allahumma sayyiban nafi’a.”
Maksudnya: “Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat.”
Doa ini sesuai dibaca ketika hujan mulai turun atau sedang lebat. Selain memohon agar hujan membawa manfaat, doa ini juga mengandungi harapan agar hujan tidak membawa bencana.
Amalan Lain Semasa Hujan
Selain berdoa, kita juga digalakkan untuk mengucapkan syukur atas rahmat hujan dan memperbanyakkan istighfar. Hujan adalah waktu yang mustajab untuk doa, jadi ini adalah masa yang sesuai untuk memohon ampun dan segala hajat yang ingin dipinta.
Baca Juga : Zikir Hari Jumaat: Amalan Berkat di Hari Mulia
Kenapa Kita Dianjurkan Berdoa Ketika Hujan?
Dalam ajaran Islam, hujan adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan juga waktu yang sesuai untuk memohon kebaikan. Rasulullah SAW bersabda bahawa doa ketika hujan adalah antara doa yang mustajab, oleh itu umat Islam dianjurkan untuk memanfaatkan waktu ini untuk berdoa bagi keselamatan, kesejahteraan, dan rezeki yang melimpah.
Semoga dengan doa semasa hujan ini, kita sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah dan hujan yang turun menjadi rahmat kepada seluruh makhluk.
Cari kelengkapan solat di Zalora Malaysia pakaian muslim!