Berita baik untuk rakyat Malaysia! Kerajaan telah mengumumkan diskaun tol sebanyak 50% sempena Hari Raya Aidilfitri 2025, memberikan kelegaan kepada pengguna lebuh raya yang pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga.
Bila Diskaun Tol Raya 2025 Akan Bermula?

Menurut laporan Berita, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan diskaun tol Hari raya 2025 bermula Jumaat 28 Mac ( 12:01 tengah malam) sehingga Sabtu 29 Mac (11: 59 a.m). Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat serta membantu melancarkan perjalanan balik kampung. Pemberian diskaun tol raya juga telah diberikan oleh Kerajaan Madani bagi keempat-empat perayaan utama di Semenanjung sejak dari 2023 lagi.
Lebuh Raya Terlibat dengan Diskaun Tol 50%

Diskaun tol balik raya diberikan kepada semua plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Utara Selatan dan Plaza Tol Anjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Tip Perjalanan Balik Kampung Sempena Aidilfitri
Untuk perjalanan yang lancar dan selamat, ikuti beberapa tip berikut:
โ
Semak Waktu Puncak โ Elakkan trafik sesak dengan merancang perjalanan lebih awal.
โ
Gunakan Aplikasi Trafik โ Aplikasi seperti Waze dan Google Maps membantu merancang laluan terbaik.
โ
Pastikan Kenderaan dalam Keadaan Baik โ Periksa tayar, minyak enjin, dan brek sebelum memulakan perjalanan.
โ
Isi Kad Touch โn Go atau RFID Awal โ Pastikan baki mencukupi untuk mengelakkan masalah di plaza tol.
Diskaun tol 50% Raya pastinya memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia yang ingin pulang ke kampung halaman. Jangan lupa pantau pengumuman rasmi untuk memastikan anda dapat menikmati potongan tol ini. Pandu dengan selamat dan berhemah! Selamat pulang ke kampung dan selamat Hari Raya Aidilfitri! ๐