Cuti Umum 2025 di Malaysia: Rancang Percutian Anda Awal!

luggage , hoiday
@pexels

2024 bakal berakhir dan tibalah masa untuk merancang tahun baru dengan melihat kalendar 2025. Mengetahui cuti lebih awal membolehkan anda mengatur percutian panjang atau short getaway yang dinanti-nantikan. Berikut adalah beberapa perayaan penting dan cuti umum 2025 yang anda boleh jadikan panduan:

Senarai Cuti Umum Penting 2025

Malaysia mempunyai pelbagai cuti umum, yang termasuk cuti persekutuan dan cuti negeri. Antara cuti umum persekutuan pada tahun 2025 ialah:

Tahun Baru (1 Januari) – Menyambut permulaan tahun baru.

Tahun Baru Cina (29 – 30 Januari) – Tahun ini, Tahun Baru Cina jatuh pada pertengahan minggu, memberi peluang untuk percutian panjang.

Thaipusam (11 Feb) – Perayaan Thaipusam jatuh pada hari selasa.

Hari Raya Aidilfitri (30 – 31 Mac) – Dijangka jatuh pada hujung minggu, memberi masa yang sesuai untuk sambutan bersama keluarga.

Hari Pekerja (1 Mei) – Satu lagi peluang percutian hujung minggu.

Merdeka (31 Aug) – Hari Merdeka Malaysia jatuh pada hari ahad jadi hari isnin akan menjadi cuti ganti.

Maulidur Rasul (5 Sep) – Satu lagi hujung minggu yang panjang.

Hari Malaysia (16 Sep) – Hari Malaysia jatuh pada hari selasa, jadi rancang cuti anda untuk hujung minggu yang panjang!

Krismas (25 Dis)- Hari Khamis juga jatuh pada hari khamis, mungkin anda boleh “clear”kan AL anda!

Hari Raya Aidiladha (7 – 8 Disember) – Satu perayaan besar buat umat Islam, dijangka jatuh pada hujung tahun, sesuai untuk cuti panjang.

Baca Juga : Aktiviti Menarik Cuti Sekolah Ini!

Cuti Negeri di Malaysia

Setiap negeri di Malaysia mempunyai cuti khas seperti:

Hari Keputeraan Sultan untuk negeri-negeri yang mempunyai Sultan, seperti Johor, Perak, dan Pahang.

Hari Gawai (1 – 2 Jun) di Sarawak dan Pesta Kaamatan (30 – 31 Mei) di Sabah.

Baca Juga : Tempat Percutian Menarik Untuk Self Healing Di Malaysia

Tips Merancang Percutian 2025

Tandakan Awal Cuti Sekolah – Cuti sekolah sangat sesuai untuk percutian keluarga. Semak cuti persekolahan lebih awal supaya anda dapat merancang perjalanan keluarga dengan mudah.

Ambil Peluang Cuti Bersambung – Gunakan cuti bersambung untuk tempoh percutian yang lebih panjang tanpa perlu ambil terlalu banyak cuti kerja.

Elakkan Musim Puncak – Bagi mengelakkan kesesakan dan harga tiket yang mahal, cuba rancang percutian anda di luar waktu puncak.