Checklist Sebelum Kahwin

@pexels

Jika anda bercadang berkahwin, berikut adalah Checklist Sebelum Kahwin yang boleh membantu anda memastikan semua perkara penting diuruskan sebelum hari bahagia tiba.

1. Sembang Serius dengan Pasangan

Cuba duduk dan bincang pasal perkara besar macam tempat tinggal, bajet, dan plan masa depan.

Confirmkan dua-dua dah ready untuk mula hidup bersama, faham tanggungjawab dan harapan masing-masing.

2. Daftar Kursus Kahwin

Kursus kahwin ni memang penting, terutama bagi yang Muslim, sebab anda akan diajar banyak benda pasal hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan.

Daftar awal supaya tak rushing bila makin dekat tarikh.

3. Sediakan Dokumen Penting

Pastikan IC, surat beranak, dan dokumen lain dah siap-sedia. Senang bila nak daftar nanti takde masalah.

Borang-borang macam borang nikah boleh siap-siap ambil di pejabat agama.

4. Confirm Tarikh & Lokasi Majlis

@pexels

Pilih tarikh sesuai dan confirmkan tempat macam dewan atau masjid. Lock tarikh awal supaya tak kena rebut. Ingat bukan anda seorang sahaja yang ingin berkahwin jadi lock lokasi lebih awal agar tidak direbut.

Sediakan konsep atau tema majlis untuk mudahkan dekorasi nanti.

5. Senarai Tetamu & Kad Jemputan

Buat list tetamu supaya senang bajet. Senang nak agak jumlah makanan, tempat duduk, dan goodies kahwin.

Hantar kad jemputan atau buat e-invitation yang lagi mudah, semuanya di hujung jari.

6. Baju Pengantin & Aksesori

@pexels

Kalau nak tempah baju, baik tempah awal supaya fitting banyak kali. Aksesori penting pun macam cincin, kasut, veil semua kena ada! Kalau nak cari baju kahwin cantik dan murah boleh kunjungi Zalora Malaysia!

Sediakan baju lain untuk sanding atau bertandang, ikut tema majlis.

7. Fotografi & Videografi

Tempah jurugambar & juruvideo awal-awal, sebab ramai suka book last minute.

Boleh bincang nak shoot kat mana, dan kalau ada sesi outdoor pre-wedding pun boleh plan terus.

8. Barang Hantaran

Bincang dengan pasangan berapa dulang hantaran nak bagi, dan sediakan tema dulang yang sesuai.

Biasanya benda wajib ada: cincin, perfume, pakaian, atau apa-apa barang yang pasangan suka.

9. Bajet Kewangan

Buat bajet untuk majlis dan ikut kemampuan. Pastikan ada duit kecemasan untuk hal-hal tak terduga.

Bincang untuk tak over budget supaya nanti lepas kahwin tak terbeban.

10. Persiapan Akhir & Rehearsal

Sebelum hari majlis, boleh buat rehearsal untuk pastikan flow majlis smooth.

Pastikan semua detail macam tempat duduk VIP, jadual majlis, dan makanan dah confirm.