doa hari arafah

Checklist Doa Hari Arafah

Doa Hari Arafah merupakan salah satu hari terbaik dalam Islam untuk berdoa. Ia disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan dikenali sebagai hari di mana doa-doa tidak akan ditolak. Bagi jemaah haji, ia adalah hari wukuf di Padang Arafah. Bagi umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, Hari Arafah adalah waktu terbaik untuk berpuasa sunat dan berdoa bersungguh-sungguh.

Bila Hari Arafah 2025 di Malaysia?

muslim solat aidiladha
@pexels

Hari Arafah 2025 di Malaysia jatuh pada Sabtu, 6 Jun 2025 (9 Zulhijjah 1446H), sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.


Waktu Mustajab Doa Hari Arafah

Doa pada Hari Arafah sangat mustajab terutamanya pada waktu berikut:

  • Sepanjang hari, dari selepas Subuh hingga Maghrib.
  • Waktu selepas Zohor hingga Asar – waktu wukuf jemaah haji.
  • Menjelang waktu berbuka puasa, jika anda berpuasa sunat Arafah.
  • Sepertiga malam terakhir – waktu tahajjud sangat dianjurkan untuk berdoa.

Senarai Doa di Hari Arafah Yang Boleh Diamalkan

Berikut antara doa-doa pilihan yang sesuai diamalkan pada Hari Arafah:

1. Doa Memohon Keampunan

“Rabbighfirli, warhamni, wa tub ‘alayya. Innaka Antat-Tawwabur-Raheem.”

2. Doa Untuk Kedua Ibu Bapa

“Rabbir hamhuma kama rabbayani sagheera.”

3. Doa Dimurahkan Rezeki

“Allahumma inni as’aluka rizqan tayyiban, wa ‘ilman nafi’an, wa ‘amalan mutaqabbalan.”

4. Doa Jodoh Yang Baik

“Allahumma innee as’aluka zawjan salihan, in kaana fi ‘ilmi annee atazawwaj, fa qaddirhu li, wa yassirhu li, wa baarik li fihi.”
(Maksud: Ya Allah, sekiranya di dalam pengetahuan-Mu aku akan berkahwin, maka kurniakanlah aku pasangan yang soleh/solehah, permudahkanlah dan berkatilah hubungan itu.)

5. Doa Perlindungan Dunia & Akhirat

“Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina ‘azabannar.”

6. Doa Hajat Peribadi

Gunakan bahasa yang paling mudah untuk memohon terus dari hati. Hari Arafah adalah hari di mana luahkan segalanya kepada Allah – tentang impian, ujian, harapan dan cinta. Tetapi jangan lupa di dalam kita berdoa, hendaklah menjaga adab ketika berdoa. Semoga setiap apa yang kita impikan dimakbulkan.


Tip Bonus:

  • Catat doa-doa anda dalam buku nota peribadi.
  • Berdoalah dengan hati yang yakin dan bersangka baik dengan Allah.
  • Ajak ahli keluarga bersama-sama manfaatkan hari penuh keberkatan ini.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan pada Hari Arafah ini dimakbulkan dan menjadi titik perubahan dalam hidup kita.