Sambutan Hari Raya Aidiladha 2025 bakal tiba tidak lama lagi! Selain daripada korban dan menyambut dengan penuh kesyukuran, ramai yang ingin tahu cara solat sunat Hari Raya Aidiladha dengan betul. Solat ini hanya dilakukan setahun sekali, jadi penting untuk kita semak semula tatacara dan waktu pelaksanaannya.
Waktu Solat Raya Haji

Waktu solat raya haji bermula selepas matahari terbit (sekitar 15-20 minit selepas syuruk) dan berakhir sebelum masuk waktu Zuhur. Untuk tahun 2025, Hari Raya Aidiladha dijangka jatuh pada hari Sabtu, 9 Zulhijjah 1446H / 6 Jun 2025 (tertakluk kepada pengumuman rasmi). Anda boleh rujuk waktu syuruk di kawasan masing-masing sebagai panduan.
Cara Solat Sunat Aidiladha
Cara Solat Hari Raya Aidiladha adalah dilakukan sebanyak dua rakaat dan disunatkan berjemaah, tetapi juga boleh dilakukan secara bersendirian. Berikut langkah-langkah ringkas:
-
Niat:
Usolli sunnatal ‘idil adha rak‘ataini lillahi ta‘ala. - Rakaat Pertama:
- Takbiratul ihram
- Baca 7 kali takbir (selain takbiratul ihram)
- Surah Al-Fatihah + surah pilihan
- Rukuk, sujud seperti biasa
- Rakaat Kedua:
- Bangkit rakaat kedua
- Baca 5 kali takbir
- Surah Al-Fatihah + surah pilihan
- Sempurnakan solat seperti biasa
Takbir Raya Haji
Jangan lupa bertakbir! Takbir raya haji bermula selepas waktu Maghrib malam raya dan berterusan sehingga hari-hari Tasyrik (3 hari selepas Aidiladha). Takbir ini boleh dilafazkan di masjid, rumah, atau semasa melakukan ibadah korban.
Amalan Sunnah Di Pagi Hari Raya Aidiladha
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada pagi Hari Raya Aidiladha adalah:
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makan-minum selepas pulang dari masjid.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Elakkan menyambut hari raya dengan perkara yang ditegah oleh syarak.
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).
Baca Juga:
Selamat Hari Raya Aidiladha 2025
Aidiladha adalah hari yang mengajar erti pengorbanan dan keikhlasan. Sama ada anda menunaikan korban atau hanya menghadiri solat raya, semoga amalan kita diterima oleh Allah. Gunakan peluang ini untuk bersilaturahim dan menyebarkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidiladha ” kepada yang tersayang.
Jika anda tidak berkesempatan ke masjid, boleh juga lakukan solat sunat Aidiladha di rumah. Yang penting adalah niat dan kesungguhan untuk menyambut hari kebesaran ini dengan penuh takwa.