Cara Semak Kelayakan dan Baki Kuota BUDI95

BUDI95 ialah inisiatif kerajaan Malaysia untuk memastikan rakyat menikmati harga petrol RON95 secara lebih adil dan tersasar. Berkuat kuasa pada 30 September 2025, program ini membolehkan rakyat Malaysia yang layak menikmati subsidi dengan harga RM1.99 seliter bagi kuota sehingga 300 liter sebulan. Semakan kelayakan boleh dilakukan dengan mudah melalui portal rasmi BUDI95, aplikasi stesen minyak seperti Setel, atau e-wallet Touch ’n Go, menggunakan pengesahan Kad Pengenalan/MyKad.

Cara Semak Kelayakan dan Baki Kuota BUDI95

Teruskan membaca untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara-cara menyemak kelayakan dan juga baki kuota pembelian minyak RON95 dengan harga subsidi terkini.


Syarat Kelayakan Subsidi BUDI RON95

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasaran, berikut adalah golongan penerima yang layak menikmati inisiatif ini:

  • Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun keatas dengan lesen memandu yang sah dan aktif
  • Pemegang kad Pengenalan warganegara Malaysia

Cara Semak Kelayakan BUDI95

Untuk mengetahui sama ada anda layak, kerajaan telah menyediakan platform rasmi untuk semakan iaitu budi95.gov.my.

Langkah-langkah semak kelayakan BUDI95:

  1. Layari portal rasmi BUDI95 di https://budi95.gov.my.
  2. Klik pada menu “Semakan Kelayakan”.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (IC) anda.
  4. Tekan butang “Semak”.
  5. Keputusan semakan akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
Cara Semak Kelayakan dan Baki Kuota BUDI95

Jika layak, anda boleh menikmati subsidi petrol di bawah inisaitif ini, hanya paparkan MyKad anda semasa isi minyak untuk pengesahan. Anda juga boleh menyemak kelayakan anda menerusi aplikasi stesen minyak seperti setel ataupun hubungi alian pusat khidmat BUDI MADANI melalui emel tanya@budi95.gov.my atau nombor telefon 1300-88-9595.


Cara Semak Baki Kuota BUDI95

Selain semakan kelayakan, anda juga boleh memantau baki kuota petrol yang telah digunakan melalui aplikasi seperti Touch n Go atau Setel:

Langkah-langkah semak baki kuota melalui Touch n Go:

  1. Log masuk ke akaun anda di aplikasi Touch n Go.
  2. Klik menu “BUDI95” pada papan pemuka.
  3. Paparan baki kuota yang masih ada serta rekod pembelian akan dipaparkan
  4. Baki kuota akan dikemaskini setiap 1 hari bulan setiap bulan.

Soalan Lazim (FAQ)

1.Bolehkah saya membeli BUDI95 untuk kegunaan kereta orang lain?
Ya, anda boleh membeli untuk kegunaan mana-mana kereta
berpendaftaran tempatan sekiranya anda layak dan mempunyai baki yang
mencukupi.

2.Bolehkah jumlah BUDI95 ahli keluarga saya (contoh: anak) dipindahkan
kepada saya jika perlu?

Jumlah BUDI95 yang diberikan adalah khusus untuk penggunaan individu yang
layak dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.

3. Bagaimana jika saya mempunyai lebih daripada satu kenderaan?
Memiliki lebih dari satu kenderaan tidak akan menambah
kelayakan BUDI95 anda.