Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membanggakan Malaysia apabila karya beliau Anta pernama menjadi pilihan Raja Charles III, raja Britain.

Lagu Anta Pernama milik Datuk Siti telah termasuk dalam senarai lagu kegemaran baginda sempena sambutan Hari Negara Komanwel yang telah dikumpulkan dalam platform “Apple Music” dengan tajuk”His Majesty King Charles III’s Playlist“.

Antara lagu yang tersenarai juga menampilkan selebriti terkenal dunia seperti Diva Pop, Diana Ross, Bob Marley, Raye, Beyonce, Kylie Minogue, Michael Buble dan banyak lagi.
Sepanjang hidup, muzik memberi makna besar buat saya. Ia bukan sekadar hiburan tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan,” titah Raja Charles III dalam siaran khas tersebut.
Penghormatan ini jelas membanggakan peminat muzik tanah air yang tidak menyangka lagu dalam bahasa melayu dapat menempa nama ke persada dunia. Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza!