Musim luruh membawa pelbagai trend menarik yang memperlihatkan gabungan elemen klasik dan moden. Dari warna-warna hangat hingga permainan tekstur dan aksesori yang statement, musim luruh/sejuk ini menawarkan pelbagai gaya yang pasti menjadikan penampilan anda lebih bergaya dan selesa. Berikut adalah panduan fesyen trend musim luruh 2024 yang mesti anda ikuti.
1. Coats Oversized
Musim luruh 2024 menyaksikan kembalinya coats oversized, terutamanya dengan potongan yang lebih longgar dan panjang. Jaket atau trench coat oversized ini memberi penampilan yang sofistikated tetapi tetap selesa. Warna seperti camel, hitam, atau navy menjadi pilihan utama, tetapi warna terang seperti merah dan ungu juga memberikan impak gaya yang kuat.
2. Leather Everything
Trend kulit / leather jaket mendominasi pentas fesyen musim luruh 2024. Daripada jaket kulit hingga leather skirt, pants, dan bahkan trench coat kulit, pakaian dari bahan kulit tampil dalam pelbagai gaya dan warna. Warna-warna seperti hitam, coklat, burgundy, dan juga kuning mustard memberikan kelainan untuk musim ini.
3. Textur Berlapis
Musim luruh adalah masa yang ideal untuk bermain dengan pelbagai jenis tekstur atau lebih mudah difahami dengan teknik layering. Gabungan fabrik seperti wool, tweed, dan velvet menjadi pilihan utama pada musim ini. Gaya berlapis bukan sahaja memberikan penampilan yang lebih menarik, tetapi juga memberikan kehangatan pada cuaca yang semakin sejuk. Gaya ini juga sesuai jika anda bercadang untuk bercuti di tempat yang sejuk.
4. Warna Musim Luruh 2024
Warna-warna neutral dan hangat seperti camel, beige, dan coklat masih kekal relevan untuk musim ini, tetapi warna-warna cerah seperti fuchsia, emerald green, dan burnt orange juga muncul dalam banyak koleksi fesyen. Warna ini mencipta kontras yang menarik dan memberi penampilan lebih berani untuk musim luruh.
5. Statement Boots
Kasut menjadi perhatian utama pada musim ini dengan statement boots yang menyerlah. Knee-high boots dan chunky ankle boots mendominasi pentas peragaan, menambah elemen edgy dan praktikal kepada pakaian musim luruh.
6. Pakaian Berinspirasi 70-an
Gaya retro dari era 70-an kembali dengan sentuhan moden pada musim luruh 2024. Flared pants, blazers kotak-kotak, dan blouse berleher tinggi adalah beberapa elemen yang mencerminkan trend ini. Kombinasi warna dan cetakan yang bold dari era ini juga memberikan elemen vintage pada gaya anda.
Fesyen musim luruh/sejuk 2024 kali ini menawarkan pelbagai gaya yang menggabungkan elemen klasik dan moden, memberi ruang untuk bereksperimen dengan warna, tekstur, dan siluet yang berbeza. Daripada oversized coats hingga statement boots, trend fesyen musim ini pasti memberikan inspirasi untuk memperbaharui almari pakaian anda. Apa pun gaya pilihan anda, pastikan anda selesa dan yakin kerana penampilan yang menawan bermula dengan keyakinan diri. Jadi gaya manakah yang anda akan lakukan pada musim luruh ini?