Hermes, jenama mewah antarabangsa yang tidak lagi memerlukan pengenalan dek populariti jenama tersebut sejak dari penubuhannya pada tahun 1837. Pada mulanya hanya digunakan oleh golongan bangsawan dari Perancis kini Hermes dapat dimiliki di seluruh dunia termasuk Malaysia. Jadi apakah kaitan nama wanita Jane Birkin dengan jenama mewah antarabangsa, Hermes?
Jane Birkin, seorang pelakon dan penyanyi yang mempunyai daya tarikan dan keanggunannya yang tersendiri sehingga meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati jutaan orang diseluruh pelosok dunia dengan berita kepergiannya baru-baru ini .
Kecemerlangan figura kelahiran Inggris ini dalam perjalanan seni beliau amatlah dikagumi sehingga menjadi sosok yang sangat dicintai di Perancis, Paris.
Lahir di bumi London pada tahun 1946, beliau memulakan perjalanan yang membawanya bersinar terang di dunia filem dan muzik. Kombinasi unik bakat dan kepintarannya telah berjaya menawan hati penonton dan artis-artis lain, mencipta kesan yang abadi dalam industri hiburan tanah air, Paris. Antara album beliau yang menjadi hit seperti,”Amour des Feintes” pada tahun 1990,” Arabesque” di tahun 2002 dan banyak lagi kejayaan yang dicapai oleh Jane Birkin.
Perjalanan kejayaan Jane Birkin semakin berkembang apabila namanya dipetik dan digunakan oleh jenama terkenal Hermes yang akhirnya mengeluarkan beg ,Hermes Birkin Bag sempena nama penyanyi tersebut. Terdapat kisah yang ikonik di sebalik penciptaan bag tersebut dimana ianya berlaku secara kebetulan ketika Jane Birkin naik pesawat Air France route London-Paris.
Beliau bertemu secara kebetulan dengan Jean-Louis Dumas, Ketua Eksekutif Hermès, dalam penerbangan itu dan berbual mengenai kekurangannya beg yang praktikal namun bergaya. Perbualan kebetulan ini telah mencipta perkongsian paling ikonik dalam sejarah fesyen dunia, Birkin bag.
Beg Birkin, dengan reka bentuknya yang praktikal tetapi bergaya telah membuat kemunculan pada tahun 1984 dan dengan cepat menjadi simbol mewah pada zaman itu. Sejak Jane Birkin dilihat membawa beg tersebut, ia mencetuskan kehebohan di seluruh dunia, dan Beg Birkin menjadi lambang kemewahan yang diidamkan oleh peminat fesyen dan kolektor- kolektor dari seluruh dunia. Sehingga ke hari ini , Birkin bag sentiasa menjadi idaman dan popular dalam kalangan peminat fesyen.
Jika anda ingin menambah Birkin Bag atau koleksi dari jenama Herme, anda boleh dapatkan dari kami di ZALORA Malaysia, rakan fesyen atas talian anda. Jadi apa tunggu lagi dapatkan koleksi Hermes disini.