Sambutan Deepavali di Malaysia akan tiba tidak lama lagi. Di Malaysia, sambutan ini merupakan salah satu perayaan yang disambut dengan penuh meriah warna- warni. Dalam blog ini, kita akan membincangkan pelbagai jenis pakaian tradisional Deepavali yang sering dipakai oleh lelaki dan wanita semasa perayaan ini.
1. Sari atau Saree
Sari adalah antara pakaian tradisional wanita semasa Deepavali. Kain panjang yang biasanya sepanjang 6 meter ini dililit kemas di badan, melambangkan keanggunan dan keindahan wanita India. Saree boleh didapati dalam pelbagai jenis kain seperti sutera, kapas, dan chiffon, dan biasanya dihiasi dengan sulaman atau rekaan manik yang indah.
Cara Memilih Sari yang Sesuai:
1. Pilih sari dengan corak dan warna yang terang seperti merah, emas, atau biru untuk menonjolkan suasana perayaan.
2. Fabrik seperti sutera dan brokat menambahkan elemen mewah pada penampilan anda.
3. Sesuaikan sari dengan aksesori tradisional seperti rantai emas dan gelang untuk penampilan yang lebih anggun.
2. Salwar Kameezal
Bagi wanita yang mencari pakaian tradisional yang lebih praktikal, Salwar Kameez adalah pilihan terbaik. Ini terdiri daripada sepasang baju panjang (kameez) dan seluar (salwar), menjadikannya lebih mudah dan selesa dipakai. Rekaan salwar kameez kini hadir dengan pelbagai gaya moden, menjadikannya pilihan popular semasa Deepavali.
Tip Pemakaian Salwar Kameez:
Pilih rekaan yang mempunyai elemen tradisional seperti sulaman atau corak bunga.
Warna yang terang dan kontras menjadikan penampilan lebih menyerlah.
Padankan dengan dupatta (selendang) untuk penampilan yang lebih tradisional.
3. Lehenga Choli
Lehenga Choli adalah pakaian tradisional yang sering dipakai semasa majlis besar seperti Deepavali. Ia terdiri daripada skirt panjang (lehenga) yang dipadankan dengan blouse pendek (choli) dan disertakan dengan selendang (dupatta). Lehenga choli memberi penampilan yang lebih mewah dan elegan, menjadikannya pilihan ideal untuk sambutan perayaan.
Cara Menyerlahkan Penampilan dengan Lehenga Choli:
Pilih lehenga dengan corak sulaman emas atau perak untuk menambahkan kemewahan.
Padankan dengan aksesori besar seperti anting-anting dan gelang emas untuk melengkapkan gaya.
4. Kurta dan Dhoti
Bagi lelaki, Kurta dan Dhoti adalah antara pilihan pakaian tradisional deepavali yang sering dipakai. Kurta adalah baju panjang yang juga dipakai oleh kaum melayu untuk hari raya, manakala dhoti adalah kain yang dililit di bahagian pinggang. Pakaian ini memberi penampilan yang ringkas tetapi tetap tradisional, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan lelaki.
Tips Pilih Kurta dan Dhoti :
Pilih kurta dengan rekaan sulaman di bahagian leher atau plain mengikut citarasa anda.
Warna seperti emas, merah, atau hijau sesuai dengan suasana perayaan.
Padankan dengan sandals lelaki atau jutti untuk melengkapkan penampilan.
5. Sherwani
Sherwani adalah pakaian tradisional lelaki yang lebih formal dan biasanya dipakai semasa majlis perkahwinan atau perayaan besar seperti Deepavali. Sherwani adalah baju panjang yang dipadankan dengan seluar churidar, dan biasanya dihiasi dengan sulaman yang mewah. Pakaian ini memberi penampilan yang lebih eksklusif dan elegan kepada pemakainya.
Tip Memilih Sherwani:
Pilih fabrik seperti sutera atau brokat untuk penampilan yang lebih mewah.
Warna emas atau merah sering menjadi pilihan semasa Deepavali kerana melambangkan kekayaan dan kemakmuran.
Padankan dengan turban untuk gaya yang lebih formal dan tradisional.
Baca Juga : Hari Deepavali 2024 di Malaysia
Jika anda mencari pakaian deepavali kunjungi Zalora Malaysia dan dapatkan dengan harga terendah!